Sabtu, 25 Julai 2015

ULASAN BERKENAAN UMUR AISYAH UMMUL MUKMININ KETIKA BERKAHWIN

10:00 PG Posted by Unknown No comments

Sebelum saya beri ulasan, saya dah nyatakan sebelum ini, saya tidak akan ulas pendapat orang lain. Oleh kerana dah dua kali dipost dalam group ahli surau maka saya akan buat ulasan....

Sebelum ulasan ada baiknya saya nyatakan metod kajian ilmu menurut Islam.

Sila perhatikan kenyataan berikut.

SOLAT ZOHOR ADALAH WAJIB HUKUMNYA.

KEWAJIPANNYA BERDASARKAN HADITH@ AYAT QURAN SEKIAN.......

Kenyataan SOLAT ZOHOR ADALAH WAJIB HUKUMNYA

DINAMAKAN دعوى /DAKWAAN.

Setiap dakwaan tidak diterima melainkan ada bukti atau dalil.

Dalil ada dua iaitu dalil manqul iaitu quran, hadith, ijmak, dan qias serta pecahan dari quran dan hadith.

Dan dalil ma’qul iaitu dalil akal.

Dalam quran ada sebut dua2 dalil tu.

Cukup setakat tu untuk ari nin…….

Berikutnya kita analisis artikel UMUR AISHAH 16 TAHUN KETIKA BERKAHWIN DENGAN BAGINDA SAW
UMUR AISHAH 16 TAHUN KETIKA BERKAHWIN DENGAN BAGINDA SAW

Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali ra.

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.
ANALISIS
DIA KATA 24 DALIL AKLI DAN NAQLI. OK KITA SAMA2 BILANG.... CUKUP KE TIDAK 24.....

Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:


1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah. INI DAKWAAN...... MANA DALIL ATAU BUKTI?

2. Umur Saidatina Khadijah ra ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki. . INI DAKWAAN...... MANA DALIL ATAU BUKTI?

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali RA di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun). . INI DAKWAAN...... MANA DALIL ATAU BUKTI?

Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam nahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.


Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.


Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.


Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?
YANG INI DIA BUAT KESIMPULAN DAN DARI KESIMPULAN DIA TIMBUL PERSOALAN.
DIA ADA BAWA BUKTI DI ATAS SOALAN YANG DIKEMUKAKAN?

Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.

Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan
sembilan belas kepada sembilan.

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.
DAKWAAN... BUKAN BUKTI

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.
DAKWAAN DAN ANDAIAN

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.
DAKWAAN TANPA DALIL

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.
ANDAIAN

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.
DAKWAAN... TANPA BUKTI

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
DIA TANYA BERDASARKAN DAPATAN DIA TETAPI DIA TIDAK BUKTI MELALUI KAJIAN MAKTABAI

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.
??????????

Marilah kita kembali memahami , menelitiv dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini...maaf bgaimana artikel ini..?
APA BUKTI DIA SYIAH YANG BUAT?????

KESIMPULANNYA
Artikel di atas tidak menarik.... mungkin copy paste secara tidak sempurna
Wallahua’lam
JAWAPAN KEPADA PERSOALA
N DI ATAS
Dinyatakan dalam sohih Bukhari dan Muslim yang menyatakan Umur Aisyah ketika berkahwin 6 tahun dan bersama dengan baginda ketika berusia 9 tahun.

Thabit secara mutawatir dalam kitab-kitab hadith, kitab sirah dan syarah hadith yang menyatakan perkara tersebut.

Kata Aisyah sebagaimana riwayat Muslim
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِسِتِّ سِنِينَ وَبَنَى بِي وَأَنَا بِنْتُ تِسْعِ سِنِينَ
berkahwin 6 tahun dan bersama dengan baginda ketika berusia 9 tahun.

: وقد تواترت كتب الحديث والسيرة وشروح الحديث على ذلك، وانظر على سبيل المثال: فتح الباري شرح صحيح البخاري (7/281) للحافظ ابن حجر: باب تزويج النبي صلى الله عليه وسلم عائشة رضي الله عنها، والروض الأنف (4/427) للسهيلي، وسبل الهدى والرشاد في سيرة خير العباد للصالحي الشامي (11/164). والبداية والنهاية لابن كثير.

Tiada seorang dari ulamak hadith yang mensyarah kitab al Bukhari dan Muslim yang mengkritik atau mempertikai umur Aisyah.
Menurut ilmu mustalah hadith empunya diri diterima pendapatnya dari orang dalam hal2 berkaitan dirinya. Aisyah menyatakan umurnya 6 tahun. ADAKAH DIA BERBOHONG?
Wallahua’lam

ATT
Pusat Talaqqi Batu Rakit

0 ulasan:

Catat Ulasan