Sabtu, 25 Julai 2015

RUKHSOH DLM PERUBATAN

12:18 PTG Posted by Unknown No comments
Oleh Ustaz Ahmad Tirmizi Taha 
Kursus Fiqh Perubatan 
Tajuk : RUKHSOH DLM PERUBATAN
Tempat : Hospital Sultanah Nur Zahirah
Tarikh: 25 Julai 2015

1. Islam tidak memberi tanggungjawab kpd mereka yg tidak mampu.
2. Mereka yg mampu tapi kemudiannya tidak mampu, gugur tanggungjawab tersebut.
3. Rukhsah - keizinan syarak kepada mukallaf lakukan amalan yang berlainan dari arahan yg asal (azimah) disbbkan adanya kesukaran.
4. Azimah - hukum asal yg ditetapkan syarak tanpa sebrg perubahan.
5. Contoh - Azimah; zohor 4 rakaat. Rukhsoh; 2 rakaat bila musafir.
6. Contoh - Solat jamak utk org sakit atau penjaga pesakit. Tiada jikalau mengikut imam Syafie. Tapi Imam Nawawi berpendapat diberi Rukhsoh iaitu boleh jamak tamam dlm keadaan tertentu.
7. Rukhsoh hanya diamalkan sekadar yg perlu sahaja.

11 SEBAB RUKHSOH 
a. Darurat 
b. Terlupa 
c. Safar 
d. Sakit
e. Takut
f. Silap X sengaja
g. Paksaan 
h. Jahil 
i. Keperluan mendesak 
j. Kurang upaya 
k. Sukar dielakkan

SYARAT BERAMAL DGN RUKHSOH
1. Sebab rukhsoh wujud secara pasti bukannya sangkaan semata-mata.
2. Sebab rukhsoh diizin oleh syarak
3. Niat beramal dgn rukhsoh, bukannya berniat menyalahi syarak
4. Tiada alternatif yg halal jika situasi Darurat (klu adapun, mungkin kos atau effort terlalu mahal atau susah)
5. Tak membawa kpd tatabbu' al rukhos yg dilarang. Iaitu xde dalil.

HUKUM BERAMAL DGN RUKHSOH
HARUS - Terserah kpd seseorang samada beramal azimah atau rukhsoh. Harus beramal tanpa lihat kpd perkara luaran. Hukum harus boleh berubah jika dikaitkan dgn perkara luaran. Hukum haram dan makruh tidak berlaku dlm rukhsoh.

RUKHSOH DLM PERUBATAN 
(30 Fatwa berkaitan perubatan, 11 berkait rukhsoh)
1. Pemindahan jantung dan mata.
2. Insulin - porcine based harus kerana tiada alternatif (darurat).
3. Post mortem keatas mayat orang islam harus jika darurat.
4. Pengguguran kandungan atas nasihat doktor disebabkan kecacatan dan membahayakan ibu.
5. Harus mengawet mayat atas sebab2 yg mendesak. Cth: bawa balik mayat tentera yg meninggal di luar negara.
6. Pembedahan mayat harus jika perlu untuk kenal pasti punca kematian (jenayah)
7. Penggunaan kaedah Autopsi maya (virtual autopsy) lebih baik.
8. Vaksin biothrax dan Rotateq yg ada unsur babi - tidak diharuskan kerana tiada unsur darurat. Kecuali keadaan berubah menjadi darurat

0 ulasan:

Catat Ulasan