Memaparkan catatan dengan label Kemasyarakatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemasyarakatan. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2016

PENGURUSAN JENAZAH ORANG BUNUH DIRI

7:35 PG Posted by Unknown No comments

PENGURUSAN JENAZAH ORANG BUNUH DIRI
Menurut ahli sunnah orang Islam yang membunuh diri  adalah masih Islam. Perbuatannya itu tidak menyebabkan dia terkeluar dari agama Islam. Walaupun bagaimanapun para fuqaha berbeza pendapat tentang cara pengurusan jenazah pembunuh diri sendiri.

Menurut mazhab Hanafi dan Syafei jenazah mereka diurus sama seperti jenazah muslim  yang lain iaitu dimandi, dikapan , disolat dan dikebumikan.

Manakala mazhab hambali pula berpendapat pemerintah tidak harus mengerjakan solat ke atas jenazah orang membunuh diri.

HADIS BEKAITAN BUNUH DIRI

al Bukhori meriwayatkan 

"الَّذِي يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِي النَّارِ، وَالَّذِي يَطْعُنُهَا يَطْعُنُهَا فِي النَّارِ".
Orang yang mencekik dirinya sendiri akan dicekik dalam neraka dan  yang menikam dirinya sendiri akan ditikam di dalam neraka.

al Bukhori meriwayatkan

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَل نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَل نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Sesiapa yang terjun dari bukit bertujuan  membunuh dirinya maka dia kekal di dalam neraka selama-lama.
Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sebatang besi, maka kelak besi itu berada di tangannya lalu dia menikam perutnya sendiri di dalam neraka selama-lamanya.

Menurut ulamak maksud hadis ini ialah orang yang membunuh diri dan beriktiqad bunuh diri adalah halal , maka dia menjadi kafir dengan sebab iktiqad tersebut dan dia kekal di dalam neraka.

al Bukhori meriwayatkan

وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ عُذِّبَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ".

Sesiapa membunuh dirinya dengan besi, nescaya dia diazab di dalam neraka jahannam.

al Bukhori meriwayatkan:

"كَانَ بِرَجُلٍ جِرَاحٌ، فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَقَال اللَّهُ: بَدَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ".

Terdapat seorang lelaki yang tercedera lalu dia membunuh dirinya sendiri. Maka Allah berfirman kepadanya hambaKu bersegera melakukannya ( membunuh diri sebelum aku mematikannya ) maka haramkan ke atasnya syurga.

Menurut para ulamak maksud hadis ini ialah dia membunuh dirinya kerana menganggap perbuatan itu adalah halal maka dia menjadi kafir dengan sebab iktiqadnya itu.

Muslim meriwayatkan

: "أُتِيَ النَّبِيُّ -صلى الله عليه وسلم- بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ، فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ"

Dibawa kepada nabi SAW jenazah lelaki yang membunuh diri dengan pisau ,lalu baginda tidak menyembahyangkan jenazahnya.

Hadis ini menjadi dalil kepada mazhab Hambali.

Muslim meriwayatkan :

Jabir berkata bahawa apabila baginda berhijrah ke Madinah, turut berhijrah kepada
Nabi SAW ialah Tufail bin Amru dan bersamanya seorang lelaki dari kaumnya , tetapi mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Madinah. Kemudian lelaki itu jatuh sakit dan sentiasa keluh resah. Lalu dia mengambil sebilah pisau dan memotong ruas jarinya dan  berlaku pendarahan padanya dan dia mati. al Tufail bin Amru telah bermimpi dan melihatnya dalam keadaan rupa paras yang elok dan kelihatan berbalut  kedua tangannya. Lalu al Tufail bertanya kepadanya, "
Apakah yang telah dilakukan oleh tuhan kepada engkau"? Dia menjawab Allah mengampuni aku dengan sebab hujrahku kepada nabiNya SAW. Seterusnya al Tufail bertanya mengapa aku lihat tangan kamu berbalut? Lalu aku diberitahu Kami tidak akan memperelokkan apa yang telah engkau rosakkan (tangannya elok sebelum dia memotongnya).

al Tufail telah menceritakan mimpi itu kepada nabi SAW , nabi SAW bersabda sesungguhnya dia telah mendapat keampunan.

Hadis ini menjadi dalil bahawa pembunuh diri masih Islam.

Wallahua'lam.

PINTU KEBAIKAN TERLALU BANYAK

7:18 PG Posted by Unknown No comments

PINTU KEBAIKAN TERLALU BANYAK

Pintu kebaikan yang membawa seseorang  muslim kepada redaNya terlalu banyak. Rugilah sesiapa yang tidak memasukinya .

al Tirmizi meriwayatkan daripada Abi Zar bahawa nabi SAW bersabda;

َِ تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيُكَ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِي أَرْضِ الضَّلَالِ لَكَ صَدَقَةٌ وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِيءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنْ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِي دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ .

Senyumanmu pada wajah saudaramu , engkau memperolehi  pahala sedekah.

Engkau menyuruh perkara yang makruf dan melarang melakukan perkara munkar, engkau memperolehi pahala sedekah.

Engkau menunjukkan jalan kepada saudara engkau yang tersesat jalan, engkau memperolehi pahala sedekah.

Engkau membantu saudara engkau yang penglihatannya kabur, engkau mendapat pahala sedekah.

Engkau membuang batu, duri dan tulang dari jalan , engkau mendapat pahala sedekah.

Engkau menuangkan air dari timba engkau dan mencurahnya ke dalam timba saudaramu, engkau mendapat pahala sedekah.
 
ULASAN

Seringkali kita lihat tulisan, "siapa tahu nombor telefon si pulan, kedai si pulan dan seumpamanya"?
Pertanyaan tersebut seolah-olah membuka pintu kebaikan kepada sahabat yang lain. Oleh itu rebutlah peluang menambah amal dengan menjawab pertanyaan sahabat-sahabat tersebut.

Jadikan group whatsapp kita seperti kebun yang membuahkan ganjaran pahala.

Wallahua'lam.

ISU RAKYAT KUTUK PEMIMPIN

7:06 PG Posted by Unknown No comments

ULASAN

Sejak kebelakangan ini banyak sangat isu rakyat yg mengutuk pemimpin.... kita kena hati-hati, walaupun apa pun yg berlaku diebabkan tindakan pemimpin, janganlah *Matlamat Politik* menghalalkan pelbagai cara kita menghina pemimpin, hanya menambah dosa sahaja.

Izinkan saya kongsi *5 Hadis Sahih*, 4 daripadanya Hadis Riwayat Muslim, dan 1 daripadanya Hadis Tarmizi. Sila ambil perhatian untuk *Hadis no.2 dan no.3*:

1)      Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci Allah dan sangat jauh dariAllah adalah seorang pemimpin yang zalim.
(hr. Turmudzi)

*Komen saya, ini antara Allah dan pemimpin, bukan kita utk mengutuk dan mengadili, fitnah, dan sebagainya.*

ULASAN

Pemimpin yang zalim wajib dibetulkan . Cara membetulkan pemerintah tersebut ialah menyuruhnya berlaku adil dan melarangnya melakukan kejahatan  dan kezaliman.

Khulafa Rasyidin yang dijamin syurga membuka pintu teguran seluas-luasnya kepada rakyat.

Mereka yang menegur wajib menjaga hukum-hukum yang berkaitan teguran kepada pemerintah.

Fitnah, maki hamun dan pembohongan serta melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudorat adalah haram dilakukan ketika teguran dibuat.

2)     Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع )

Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin *walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”.
[al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

ULASAN

Para ulamak berselisih berpendapat berkenaan ungkapan  walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”.

Menurut pendapat pertama tambahan tersebut adalah lemah dan tidak boleh  dibuat  hujjah. Riwayat Bukhori dan Muslim melalui jaluran Abi Idris al Khaulani  menyebut apa yang engkau perintahkan daku? Baginda menjawab hendaklah engkau berada dan beristiqamah dengan kumpulan Islam dan pemimpin mereka .

Ringkasnya tambahan perkataan walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”. tidak diterima kerana ia bercanggah dengan nas lain yang lebih kuat.

Pendapat kedua pula menerima  pakai lafaz walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”.
Mereka menyatakan maksud hadis tersebut ialah apabila pemerintah melaksanakan keadilan , rakyat wajib bersabar dalam menunaikan arahannya walaupun arahan tersebut bercanggah dengan kehendaknya. Pendapat ini dipegang oleh Ibn Hazm.

3)     Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya *sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah*”.
[al-Bukhari & Muslim]

ULASAN

Sabar menghadapi pemerintah bukan beerti mendiamkan diri dari menyatakan kebenaran.

Sabar ialah menahan diri dari melakukan maksiat, memaksa diri untuk melakukan dan tidak keluh kesah dengan ujian yang menerpa.

Wallahu'alam.

Sabtu, 5 November 2016

TUNDUK KETIKA BERJABAT TANGAN

11:56 PTG Posted by Unknown No comments
TUNDUK KETIKA BERJABAT TANGAN

Menurut Imam Nawawi, perbuatan tersebut adalah makruh. Beliau menyatakan dalam kitab al Azkar:
 [فصل]:

ويُكره حنْيُ الظهر في كل حال لكل أحد، ويدلّ عليه ما قدَّمنا في الفصلين المتقدمين من حديث أنس، وقوله: أينحني له؟ قال: "لا" وهو حديث حسن كما ذكرناه ولم يأت له معارض فلا مصيرَ إلى مخالفته، ولا يغترّ بكثرة مَن يفعله ممّن ينسب إلى علم أو صلاح وغيرهما من خصال الفضل، فإن الاقتداء إنما يكون برسول الله صلى الله عليه وسلم

Fasal: Makruh menunduk belakang dalam semua keadaan dan untuk semua orang. Sebagaimana yang sabit dalam hadis Anas.

Berkenaan tunduk sedikit kepala seperti soalan yang ditanya , apa yang zahirnya ialah tidak menepati apa yang sabit di dalam hadis SAW.
Adakah ianya sesuatu yang menyeleweng?
Dari nas Imam Nawawi di atas ianya tidak boleh dianggap seleweng tetapi ianya kurang wajar dan patut dijauhi. Berkenaan berjabat tangan, antara yang sering berlaku ialah berlaga pipi selepas berjabat tangan. Ianya tidak sabit dalam hadis. Adakah ianya sesuatu yang bidaah?
Bidaah jika dianggap begitulah Nabi SAW lakukan.
Apa yang zahirnya ialah adat masyarakat Mesir dan merebak ke tempat lain. Adat tersebut seakan-akan dianggap sebagai sunnah (menurut pemerhatian saya). Wallahua’lam.

BUDAYA SALAM

11:53 PTG Posted by Unknown No comments
BUDAYA SALAM

SOALAN :
Apa hukumnya guru nak terapkan budaya memberi salam di kalangan murid dengan mensyaratkan murid menganggukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda hormat  dan sebelah tangan diletakkan pada dada mereka. Adakah ia boleh diteruskan atau dihentikan kerana menyerupai ajaran baru yang terseleweng ?

JAWAPAN :
Berjabat tangan adalah sunnah nabi SAW. Abu Dawud meriwayatkan:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيانِ فَيتَصافَحانِ إِلاَّ غُفرَ لَهُما قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا
TERJEMAHAN: Dua orang Islam yang bertemu lalu berjabat tangan , dosa keduanya diampun sebelum keduanya berpisah.

Semoga sunnah ini hidup dalam kalangan masyarakat Islam. Antara adab berjabat tangan ialah berjabat tangan dengan muka yang manis sambil mendoakan keampunan antara satu sama lain.

PEMBAKARAN TERBUKA

11:34 PTG Posted by Unknown No comments
PEMBAKARAN TERBUKA

SOALAN :
1.    Apa hukum pembakaran terbuka?
2.    Jika kita buat aduan kepada jabatan alam sekitar tentang jiran-jiran sekitar rumah kita yang membuat pembakaran terbuka, adakah kita dikira menzaliminya ?

JAWAPAN :
Islam mengharamkan setiap yang memudaratkan seperti sabda Nabi SAW :
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Kemudaratan dan tindakan memudoratkan pihak lain hendaklah dihapuskan.
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Setiap yang mendatangkan ancaman kepada manusia atau haiwan atau alam sekitar hukumnya adalah haram dan wajib dihapuskan.Untuk menghapuskan kemudoratan memerlukan kemampuan.
Dalam kes di atas, jika dilaporkan kepada pihak yang berwajib, ianya tidak dikira menzalimi pihak yang melakukan kezaliman kepada pihak yang melakukan pembakaran tersebut, bahkan ianya menjadi wajib jika tidak dilapor membawa kemudaratan yang berterusan.
Walaupun bagaimanapun, dalam mencegah kemunkaran, para ulamak mensyaratkan pencegahan tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada yang mencegah.
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.