Memaparkan catatan dengan label Ibadah - Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibadah - Solat. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2016

KELEBIHAN SOLAT, PUASA DAN SEDEKAH

7:23 PG Posted by Unknown , No comments

KELEBIHAN SOLAT, PUASA DAN SEDEKAH

al Bukhori meriwayatkan

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: "قَالَ عُمَرُ -رضي الله عنه-: مَنْ يَحْفَظُ حَدِيثًا عَنِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فِي الْفِتْنَةِ؟ قَالَ حُذَيْفَةُ: أَنَا سَمِعْتُهُ يَقُولُ: فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلاَةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ.

  KELEBIHAN SOLAT, PUASA DAN SEDEKAH

Daripada Huzaifah  katanya  , " Umar RA bertanya  siapakah yang menghafaz hadis dari nabi SAW berkenaan fitnah ( apa yang menguji pegangan agama seseorang atau huru hara)?

Huzaifah menjawab, "saya pernah mendengarnya". Baginda bersabda fitnah ( sebab melakukan maksiat )  seorang lelaki itu pada keluarganya,hartanya dan jirannya.   Fitnah tersebut boleh dihapuskan dengan solat,puasa dan sedekah.

ULASAN

Hadis di atas memberi gambaran antara  akhlaq para sahabat ialah bermuzakarah tentang hadis nama SAW. Menjadi kebiasaan para sahabat membicarakan apa yang boleh menguatkan keimanan mereka dan  kadang-kadang mereka  membicarakan tentang musuh Islam.

Sayyidina Umar seorang sahabat besar tidak malu bertanya kepada sahabat tentang hadis-hadis yang didengari oleh para sahabat.

Sikap berlagak serba tahu bukanlah akhlaq para sahabat.

Hadis di atas menyatakan antara sebab seseorang  melakukan kemaksiatan ialah kerana menurut kehendak  keluarganya yang tidak betul, disebabkan  harta dan disebabkan pengaruh jiran.

Seseorang boleh melakukan perbuatan haram kerana mahu menandingi atau meniru jirannya yang tidak baik.

Hadis memberi faham bahawa keluarga yang baik, kefahaman tentang hakikat harta dan jiran yang baik adalah penting dalam kehidupan muslim dalam memperkasakan keimanannya.

Hadis di atas juga menjelaskan puasa, solat dan sedekah adalah ibadah yang boleh menghapuskan ketelanjuran kerana menuruti kehendak yang menjauhkan seseorang dari Allah.

Tiga amalan tersebut amat mudah  dilakukan jika dicampak  taufiq dalam diri seseorang.

Muslim yang sebenar hendaklah memperbanyakkan tiga amalan tersebut kerana tiada yang terlepas dari salah silap melainkan golongan terpilih .

Wallahua'lam

SOLAT KETIKA MUSAFIR

7:14 PG Posted by Unknown No comments

Kategori: solat ketika musafir

Isu:
Perjalanan mengambil masa 12 jam untuk sampai ke tempat yang dituju. Perjalanan bermula selepas isyak (contoh: mula musafir jam 9 malam dan dijangka sampai 9 pagi esok). Masuk waktu subuh, pemandu bas enggan berhenti dengan alasan lambat sampai ke destinasi.

Soalan:
Adakah dibolehkan untuk solat hormat waktu. Jika dibolehkan solat hormat waktu, bagaimanakah cara-cara untuk mengerjakan solat hormat waktu tersebut?

JAWAPAN

Jika tiada daya dan upaya untuk membantah dan terpaksa akur  dengan pemandu tersebut, wajib dilakukan solat hormat waktu.

Solat hormat waktu ialah solat yang dikerjakan dalam situasi yang tidak membolehkannya melakukan syarat sah solat seperti berwuduk.

Wajib ke atasnya mengerjakan apa yang mampu.

Apa yang tidak mampu dimaafkan dan dikerjakan setakat yang mampu.

Contohnya  tidak mampu rukuk, maka tunduk sekadar yang  termampu.

Solat hormat waktu wajib diqodo.

Wallahua'lam.

Ahad, 6 November 2016

JAMAK DAN QASAR

12:20 PG Posted by Unknown No comments
JAMAK DAN QASAR

SOALAN :
Seseorang yang berniat jamak taqdim, sebaik sahaja selesai solat pertama, dia tidak mahu meneruskan solat kedua. Apa hukumnya?

JAWAPAN :
Hukumnya harus. Solat kedua wajib dikerjakan dalam waktunya yang asal.



SOALAN :
Kita solat jamak takdim antara zuhur dan asar di akhir waktu zuhur. Sedang kita solat zuhur atay asar, tiba-tiba orang azan, yang menandakan masuk waktu asar. Bagaimana status solat kita itu ustaz? Kena berhenti solat kemudian solat semula dengan niat jamak takhir atau macamana ?
JAWAPAN :
1-    jika azan di laungkan ketika solat zohor, solat zohor itu sah, manakala asar pula wajib dikerjakan dalam waktunya seperti biasa. Adapun jamak pula tidak sah.
2-    jika azan di laungkan ketika solat asar, solat zohor itu sah, manakala asar pula wajib diulang dan dikerjakan dalam waktunya seperti biasa. Adapun jamak taqdim itu pula tidak sah. Solat Asar yang sedang dikerjakan tidak sah kerana waktu solat pertama berakhir sebelum sempat selesai solat kedu.



SOALAN :
Kita telah mengerjakan solat jamak takdim serta qosar zuhur dan asar contohnya secara bersendirian. Apabila masuk waktu asar, buleh atau tidak kita hendak mengulangi solat asar sahaja secara berjemaah?

JAWAPAN :
Boleh berbuat demikian. Solat yang diulang itu menjadi sunat baginya.

عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الْأَسْوَدِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ غُلَامٌ شَابٌّ، فَلَمَّا صَلَّى إِذَا رَجُلَانِ لَمْ يُصَلِّيَا فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ، فَدَعَا بِهِمَا فَجِئَ بِهِمَا تُرْعَدُ فَرَائِصُهُمَا، فَقَالَ: «مَا مَنَعَكُمَا أَنْ تُصَلِّيَا مَعَنَا؟» قَالَا: قَدْ صَلَّيْنَا فِي رِحَالِنَا، فَقَالَ: «لَا تَفْعَلُوا، إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِي رَحْلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الْإِمَامَ وَلَمْ يُصَلِّ، فَلْيُصَلِّ مَعَهُ فَإِنَّهَا لَهُ نَافِلَةٌ

Abu Dawud meriwayatkan daripada Jabir bin Yazid bin al Aswad daripada bapanya bahawa dia pernah mengerjakan solat bersama Nabi SAW, ketika itu dia masih remaja. Setelah selesai solat, baginda SAW terlihat dua orang lelaki yang berada di satu penjuru masjid tidak mengerjakan solat bersama orang ramai. Nabi saw mengarahkan dua orang tersebut dibawa bertemu dengannya. Kedua lelaki tersebut terketar-ketar ketika dibawa di hadapan baginda saw.
Baginda saw bertanya, apakah yang menghalang kamu dari mengerjakan solat bersama kami?

Keduanya menjawab, kami telah bersembahyang. sebelum datang ke masjid  di rumah kami.
Baginda saw bersabda janganlah kamu buat begitu.
Apabila seseorang kamu telah selesai mengerjakan solat di rumah kamu kemudian dia pergi ke masjid dan sempat dengan imam yang sedang mengerjakan solat, hendaklah dia mengerjakan solat bersama imam tersebut , dan solat tersebut menjadi sunat bagi keduanya.
Pendapat ini adalah pendapat mazhab Shafei.



SOALAN :
Kita solat jamak takdim serta qosar zuhur dan asar. Sewaktu solat asar, kita terbatal solat dengan
1. Bercakap atau makan (tidak batal wuduk)
2. Terkentut (batal wuduk)
Bagaimana dalam kedua-dua kes tu ustaz ? Kena solat semula zuhur dan asar atau sambung solat asar saja?

JAWAPAN :
Setelah terkentut, terus ambil wuduk dan tunaikan solat asar dan zohor tidak perlu diulang. Kes begini, tidak dikira putus muwalat yang menjadi salah satu syarat jamak taqdim.

Syarat jamak taqdim ada enam kesemuanya. Antaranya:
1.    Tertib. Iaitu dimulai dengan solat yang pertama seperti Zohor atau Maghrib.
2.    Berniat jamak ketika mengerjakan solat yang pertama samada di awal atau dipertenghan ataupun di akhir solat pertama.
3.    Berturut-turut antara dua solat.
4.    Diyakini solat pertama sah
5.    Waktu yang diharuskan jamak belum berakhir ketika jamak dilakukan
6.    Mengetahui tentang keharusan jamak seperti dia tahu bahawa diharuskan baginya jamak kerana dia sedang musafir.