1. Kenapa solat sunat Tahajud tiada dlm senarai?
JAWAPAN
Solat tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.
Menurut mazhab Shafei solat terawih lebih afdhal dari solat tahajjud kerana solat tahajjud ialah solat sunat mutlaq pada waktu malam.
Dalil mereka ialah hadith riwayat Muslim:
(أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ)
Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat malam hari ( tahajjud ) .
Mereka berpendapat hadith di atas bermaksud solat sunat mutlaq pada waktu malam lebih afdhal dari solat sunat mutlaq siang hari .
Akan tetapi Imam Nawawi berpendapat hadith bermaksud sebaik-baik solat sunat ialah solat tahajjud. Tahajjud lebih afdhal dari solat rawatib qabliyyah subuh, lebih afdhal dari terawih.
Wallahua’lam
2.
Dalam senarai itu, solat rawatib yg tidak sunat muakkad lebih tinggi keutamaan berbanding solat terawih. Bukankah hukum solat terawih sunat muakkad?
Solat terawih adalah solat sunat muakkad.
Kitab Kifayah al Akhyar ada menukilkan
(وَثَلَاث نوافل مؤكدات صَلَاة اللَّيْل وَصَلَاة الضُّحَى وَصَلَاة التَّرَاوِيح)
Dan tiga solat sunat muakkad iaitu solat sunat malam hari, solat dhuha, dan terawih.
Namun begitu pendapat yang muktamadnya ialah solat rawatib samada muakkad atau tidak muakkad lebih afdhal dari terawih.
Imam Nawawi kata dalam Minhaj al Talibin
لَكِنْ الْأَصَحُّ تَفْضِيلُ الرَّاتِبَةِ عَلَى التَّرَاوِيحِ
Tetapi pendapat yang terkuat rawatib lebih dari terawih
Kesimpulan muakkad terawih lebih rendah dari solat rawatib.
Wallahua’lam
ATT
Pusat Talaqqi Batu Rakit
0 ulasan:
Catat Ulasan