SOALAN :
Salam ustaz, jika ade penternak ikan bagi makan ikan dengan mkanan yang ada unsur babi .Adakah ikan tersebut dikira najis ustaz. Macam mana pula dengan pisau yang kita gunakan untuk memotong ikan tersebut. Adakah juga dikira najis ?
JAWAPAN :
Jika ikan tersebut hanya memakan babi sahaja maka ikan itu dinamakan jallalah.
Jika makanan ikan itu bercampur dengan babi maka ikan tersebut tidak dinamakan jallalah.
HUKUM JALLALAH
Jallalah ialah binatang yang tidak makan selain dari najis ATAU kebanyakan makanannya adalah selain dari najis. Hukumnya ialah dagingnya adalah tidak najis.
Imam Nawawi mencatatkan :
الْجَدْيُ إذَا ارْتَضَعَ كَلْبَةً أَوْ خِنْزِيرَةً فَنَبَتَ لَحْمُهُ عَلَى لَبَنِهَا فَفِي نَجَاسَتِهِ وَجْهَانِ حَكَاهُمَا صَاحِبُ الْمُسْتَظْهِرِي وَغَيْرُهُ أَظْهَرُهُمَا أَنَّهُ طَاهِرٌ
Maksudnya: Anak kambing yang menyusu dengan anjing atau babi lalu menumbuhkan dagingnya dari susu tersebut maka tentang najisnya ada dua pendapat . pendapat Imam Syafei yang terkuat ianya adalah suci. Pisau juga tidak najis.
0 ulasan:
Catat Ulasan