SOALAN :
Apakah hukumnya individu yang sedang dijangkiti penyakit denggi tapi masih hadir ke surau atau masjid untuk mengejar fadhilat solat berjemaah. Dimana tak pasti akan ada nyamuk aedes betina yang akan mengigit beliau di masjid atau surau dan menyebarkan kuman denggi pada jemaah lain?
Beliau merupakan antara yg selalu berjemaah sebelum sakit.
JAWAPAN :
Setiap kemudaratan wajib dihapuskan. Sekiranya seseorang itu mengidap penyakit yang boleh berjangkit maka haram keatasnya menghadirkan diri ke tempat yang boleh menyebabkan penyakit yang dialami berjangkit. Tetapi jika sekiranya dibimbangi berjangkit, maka makruh hukumnya ia hadir ke tempat orang awam seperti masjid.
Antara sandaran hukum tersebut ialah hadis-hadis berikut:
1. al Bukhori meriwayatkan :
مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلًا فَلْيَعْتَزِلْنَا
Sesiapa yang memakan bawang yang berbau busuk, maka hendaklah jauhi dari kami. Dalam riwayat yang hendaklah jauhi dari masjd kami.Jangkitan penyakit lebih merbahaya dari bau busuk. Maka mereka yang berpenyakit berjangkit lebih utama dihalang dari ke masjid.
2. al Bukhori meriwayatkan :
لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ
Janganlah orang sakit ( mereka yang mengidap penyakit berjangkit ) bergaul dengan orang sihat3. Pengarang Asna al Matalib ada menyatakan :
لَوْ كَانَ بِهِ رِيحٌ كَرِيهٌ وَأَمْكَنَهُ الْوُقُوفُ خَارِجَ الْمَسْجِدِ بِحَيْثُ لَا يُؤْذِي فَيَنْبَغِي أَنْ يَلْزَمَهُ حُضُورُ الْجُمُعَةِ
Jika dia mempunyai bau busuk pada badannya tetapi dia mampu berdiri di luar masjid – tidak duduk bersama orang lain – dan tidak menyakiti orang lain, maka sewajarnya dia wajib hadir jumaat
0 ulasan:
Catat Ulasan