Sabtu, 5 November 2016

PENGGUNAAN EMAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

11:12 PTG Posted by Unknown No comments
PENGGUNAAN EMAS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

PERHIASAN MENURUT ISLAM

Islam tidak melarang lelaki dan perempuan berhias diri selagi tidak melanggar etika perhiasan dalam Islam bahkan mereka digalakkan berbuat demikian. Galakan tersebut adalah bertujuan menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan mereka. Nas-nas yang berkaitan dengan gesaan berhias jelas adalah kepada gesaan tersebut. Sehubungan dengan itu Allah menyatakan kemurkaanNya terhadap mereka yang mengharamkan perhiasan halal dengan firmanNya:

32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?"
(Al A’raf.)


Walaubagaimanapun, Islam juga menetapkan batas sempadan supaya perhiasan itu tidak melencong dari tujuan asalnya. Perhiasan yang diharuskan ialah perhiasan yang memenuhi ciri-ciri berikut:
1.    Perhiasan yang tidak menyamaikan perhiasan khusus jantina lain seperti perhiasan lelaki menyerupai perhiasan khusus wanita.
Sabda Nabi SAW:
Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki.
(Hadis riwayat Ahmad)

2.    Perhiasan yang tidak menyerupai perhiasan khusus orang kafir seperti memakai gelang khusus bagi penganut agama Hindu.
Sabda Nabi SAW:
Janganlah kamu memakai pakaian paderi kerana sesiapa yang memakai pakaian mereka atau mahu menyerupai gaya mereka, mereka bukanlah dari kalangan aku.
(Hadis riwayat al Tabarani)

3.    Perhiasan yang tidak menunjukkan ketakabburan atau kemegahan atau membawa fitnah seperti bentuk perhiasan yang tidak sesuai dengan kedudukannya di dalam masyarakat.
Sabda Nabi SAW :
Sesiapa memakai pakaian kemegahan (pakaian yang membawa kemasyhuran kepadanya) , nescaya Allah akan memakaikannya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian dihumban ke dalam neraka bersama pakaian tersebut.
(Hadis riwayat Abu Daud)

4.    Perhiasan yang tidak melampaui kebiasaan seperti memakai rantai yang terlalu besar sehingga menimbulkan perasaan kurang.
Sabda Nabi SAW:
Makanlah dan minumlah , bersedekahlah dan pakailah tanpa melampaui batas dan tanpa bermegah-megah.
(Hadis riwayat al Nasaei)

Walaubagaimanapun terdapat garis panduan khas bagi lelaki iaitu perhiasan yang tidak diperbuat daripada emas dan sutera.
Sabda Nabi SAW :
أُحِلَّ الذَّهَبُ وَالْحَرِيرُ لإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا
Maksudnya: Dihalalkan emas dan sutera bagi golongan dari ummatku dan diharamkan ke atas golongan lelaki.
(Hadis riwayat al Tirmizi)

Begitu juga bagi wanita, diharamkan keatas mereka segala bentuk perhiasan ketika berada di dalam iddah kematian.
Sabda Nabi SAW :
Tidak halal terhadap seorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung (kerana kematian seseorang) melebihi tiga hari, kecuali kerana kematian suami. Ketika berkabung (iddah kematian) itu si perempuan tersebut tidak boleh memakai celak dan memakai pakaian yang dicelup dengan warna melainkan pakaian ‘asob (pakaian orang Yaman iaitu pakaian biasa).
(Hadis riwayat al Bukhori).

0 ulasan:

Catat Ulasan