Sabtu, 5 November 2016

SOLAT JENAZAH KE ATAS MAYAT YANG MASIH BERHUTANG

10:49 PTG Posted by Unknown No comments
SOLAT JENAZAH KE ATAS MAYAT YANG MASIH BERHUTANG





al Tirmizi meriwayatkan :

عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ، فَقَالُوا: صَلِّ عَلَيْهَا، فَقَالَ: «هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟»، قَالُوا: لاَ، قَالَ: «فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟»، قَالُوا: لاَ، فَصَلَّى عَلَيْهِ،
ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى، فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ: «هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟» قِيلَ: نَعَمْ، قَالَ: «فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟»، قَالُوا: ثَلاَثَةَ دَنَانِيرَ، فَصَلَّى عَلَيْهَا،

ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ، فَقَالُوا: صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ: «هَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟»، قَالُوا: لاَ، قَالَ: «فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟»، قَالُوا: ثَلاَثَةُ دَنَانِيرَ، قَالَ: «صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ»، قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَيَّ دَيْنُهُ، فَصَلَّى عَلَيْهِ.


Daripada Salamah bin al Akwa’ RA katanya, pernah kami duduk bersama nabi SAW , tiba-tiba dibawa jenazah dan seraya dikatakan kepada nabi SAW lakukan solat jenazah untuk si mati ini

.Baginda bertanya adakah si mati mempunyai hutang yang belum dibayar?
Dijawab, si mati ini tidak berhutang.

Baginda bertanya dia meninggalkan sesuatu?

Dijawab tidak.

Lalu baginda mengerjakan solat jenazah ke atasnya.Kemudian dibawa jenazah yang lain, seraya dikatakan kepada baginda lakukan solat jenazah untuk si mati ini.
Baginda bertanya adakah si mati mempunyai hutang yang belum dibayar?
Lalu dijawab ya! Dia masih berhutang .

Baginda bertanya adakah dia meninggalkan sesuatu? Lalu dijawab ya iaitu 3 dinar.
Lalu baginda mengerjakan solat jenazah ke atas si mati tersebut.
Kemudian dibawa jenazah yang ketiga dikatakan kepada baginda lakukan solat jenazah untuk si mati ini.

Baginda bertanya adakah si mati mempunyai hutang yang belum dibayar?
Lalu dijawab ya! Dia masih berhutang .

Baginda bertanya adakah si mati ada meninggalkan sesuatu?
Dijawab tidak!

Lalu baginda bersabda solatlah ke atas jenazah ini

( tetapi baginda sendiri tidak mengerjakannya)

Lalu Abu Qatadah berkata lakukanlah solat jenazah untuknya dan saya akan membayar hutangnya, lalu baginda pun mengerjakan solat jenazah untuk si mati itu.



KETERANGAN


Nabi SAW tidak mahu mengerjakan solat ke atas mayat yang masih berhutang sebagai amaran keras kepada ummatnya agarnya agar menunaikan tanggungjawab sebelum mati.

Hal ini bukanlah menunjukkan bahawa mayat yang masih berhutang tidak boleh dikerjakan solat ke atasnya.

Hukum ini jelas dapat difahami melalui arahan baginda kepada para sahabat supaya mengerjakan solat jenazah ke atasnya.

Jika solat jenazah tidak boleh dilakukan ke atas mayat yang masih berhutang, nescaya baginda tidak menyuruh para sahabat mengerjakan solat jenazah tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan