LARANGAN MELAMPAU KETIKA BERSUCI DAN BERDOA
Sikap melampau sikap yang ditolak oleh Islam.
al Darimi meriwayatkan:
وَإِيَّاكُمْ وَالتَّنَطُّعَ،
_Jauhilah kamu dari sikap melampau_.
Di antara sikap melampau yang dinyatakan dalam hadis nabi SAW ialah melampau ketika berdoa dan ketika bersuci.
Abu Dawud meriwayatkan;
عَنْ أَبِي نَعَامَةَ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُغَفَّلٍ، سَمِعَ ابْنَهُ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْقَصْرَ الْأَبْيَضَ، عَنْ يَمِينِ الْجَنَّةِ إِذَا دَخَلْتُهَا، فَقَالَ: أَيْ بُنَيَّ، سَلِ اللَّهَ الْجَنَّةَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنَ النَّارِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّهُ سَيَكُونُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الطَّهُورِ وَالدُّعَاءِ»
_Daripada Abi Na'amah katanya, "Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa Ya Allah aku memohon kepadamu istana berwarna putih yang terletak di kanan syurga ketika aku memasukinya. Lalu beliau menegurnya dengan berkata wahai anak kesayanganku, pohonlah syurga dengan Allah dan pohonlah perlindungan dari neraka ( memadai hanya menyebut begitu sahaja). Sesungguhnya aku pernah mendengar nabi SAW bersabda akan muncul dalam kalangan ummat ini mereka yang melampau ketika bersuci dan ketika berdoa_.
KETERANGAN
Menurut alim ulamak dikehendaki dengan melampau dalam bersuci ialah membasuh lebih dari bilangan yang dikehendaki seperti membasuh tangan empat kali ketika berwuduk . Manakala melampau dalam berdoa pula ialah meminta perkara yang tidak sepatutnya. Ada juga yang berpendapat, berdoa dengan suara yang kuat.
Sesungguhnya sikap melampau amat keji dan wajib dijauhi.
Seseorang yang sentiasa menyebut syaitan jahat. Setiap hari disebutnya jahat, jahat , jahat....
Adakah sebutan itu dituntut? Apakah itu termasuk perbuatan melampau?
Adakah baginda setiap hari menyebut syaitan jahat, jahat...
Atau baginda sentiasa berdoa agar dijauhi dari syaitan dan sentiasa berjuang menjelaskan kejahatan syaitan dan berdoa agar kaumnya dijauhi dari syaitan?.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita dan tidak terjebak dengan bisikan syaitan.
Wallahua'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan