PERINGATAN BAGI PENDAKWAH
Imam Ahmad meriwayatkan ;
عَنْ ضَمْضَمِ بْنِ جَوْسٍ الْيَمَامِيِّ، قَالَ: قَالَ لِي أَبُو هُرَيْرَةَ: يَا يَمَامِيُّ، لَا تَقُولَنَّ لِرَجُلٍ: وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ، أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ أَبَدًا. قُلْتُ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، إِنَّ هَذِهِ لَكَلِمَةٌ يَقُولُهَا أَحَدُنَا لِأَخِيهِ وَصَاحِبِهِ إِذَا غَضِبَ. قَالَ: فَلَا تَقُلْهَا، فَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كَانَ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ رَجُلَانِ، كَانَ أَحَدُهُمَا مُجْتَهِدًا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ الْآخَرُ مُسْرِفًا عَلَى نَفْسِهِ، فَكَانَا مُتَآخِيَيْنِ، فَكَانَ الْمُجْتَهِدُ لَا يَزَالُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى ذَنْبٍ، فَيَقُولُ: يَا هَذَا، أَقْصِرْ. فَيَقُولُ: خَلِّنِي وَرَبِّي، أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا؟ قَالَ: إِلَى أَنْ رَآهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ اسْتَعْظَمَهُ، فَقَالَ لَهُ: وَيْحَكَ، أَقْصِرْ. قَالَ: خَلِّنِي وَرَبِّي، أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا ، قَالَ: فَقَالَ: وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ، أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ أَبَدًا. قَالَ أَحَدُهُمَا، قَالَ: فَبَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهِمَا مَلَكًا، فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا، وَاجْتَمَعَا عِنْدَهُ، فَقَالَ لِلْمُذْنِبِ: اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي. وَقَالَ لِلْآخَرِ: أَكُنْتَ بِي عَالِمًا، أَكُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا، اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ . قَالَ:فَوَالَّذِي نَفْسُ أَبِي الْقَاسِمِ بِيَدِهِ، لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
Daripada Dhodhom bin Jaus al Yamami katanya," Abu Hurairah berkata kepadaku wahai Yamami janganlah engkau berkata kepada seorang lelaki demi Allah, Allah tidak mengampuni kamu atau Allah tidak memasukkan engkau ke dalam syurga selama-lamanya.
Aku berkata wahai Abu Hurairah sesungguhnya perkataan ini diucapkan oleh seseorang kepada saudaranya ketika dia marah .
Abu Hurairah berkata jangan engkau berkata demikian kerana aku pernah mendengar nabi SAW bersabda ada dua orang lelaki dari Bani Israel salah seorang darinya bersungguh-sungguh beribadah dan seorang lagi sentiasa melampaui batas agama.
Dua lelaki tersebut mempunyai hubungan yang rapat.
Orang yang bersungguh-sungguh beribadah sentiasa melihat kawannya mengerjakan dosa. Lalu dia berkata,"hai kamu! berhentilah! Lalu kawannya menjawab," biarkanlah aku dengan tuhanku". Adakah engkau ditugaskan menjadi Raqib kepada aku? Pada suatu hari dia melihat rakannya mengerjakan dosa yang besar menurut pandangannya. Dia berkata," celakalah kamu ! Berhentilah dari melakukan dosa"! Lalu kawannya menjawab," biarkanlah aku dengan tuhanku.
Adakah engkau ditugaskan menjadi Raqib kepada aku"? Lalu kawannya menjawab," demi Allah, Allah tidak mengampuni dosa kamu atau Allah tidak akan memasukkan kamu ke dalam syurga selama-lamanya". Kemudian kedua-duanya dimatikan Allah dan ruh keduanya bertemu di sisi Allah. Allah berfirman kepada yang berdosa," pergilah kamu masuk syurga dengan RahmatKu". Kemudian Allah berfirman kepada seorang lagi
0 ulasan:
Catat Ulasan