Isnin, 7 November 2016

PENGURUSAN JENAZAH ORANG BUNUH DIRI

7:35 PG Posted by Unknown No comments

PENGURUSAN JENAZAH ORANG BUNUH DIRI
Menurut ahli sunnah orang Islam yang membunuh diri  adalah masih Islam. Perbuatannya itu tidak menyebabkan dia terkeluar dari agama Islam. Walaupun bagaimanapun para fuqaha berbeza pendapat tentang cara pengurusan jenazah pembunuh diri sendiri.

Menurut mazhab Hanafi dan Syafei jenazah mereka diurus sama seperti jenazah muslim  yang lain iaitu dimandi, dikapan , disolat dan dikebumikan.

Manakala mazhab hambali pula berpendapat pemerintah tidak harus mengerjakan solat ke atas jenazah orang membunuh diri.

HADIS BEKAITAN BUNUH DIRI

al Bukhori meriwayatkan 

"الَّذِي يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِي النَّارِ، وَالَّذِي يَطْعُنُهَا يَطْعُنُهَا فِي النَّارِ".
Orang yang mencekik dirinya sendiri akan dicekik dalam neraka dan  yang menikam dirinya sendiri akan ditikam di dalam neraka.

al Bukhori meriwayatkan

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَل نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَل نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Sesiapa yang terjun dari bukit bertujuan  membunuh dirinya maka dia kekal di dalam neraka selama-lama.
Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sebatang besi, maka kelak besi itu berada di tangannya lalu dia menikam perutnya sendiri di dalam neraka selama-lamanya.

Menurut ulamak maksud hadis ini ialah orang yang membunuh diri dan beriktiqad bunuh diri adalah halal , maka dia menjadi kafir dengan sebab iktiqad tersebut dan dia kekal di dalam neraka.

al Bukhori meriwayatkan

وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ عُذِّبَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ".

Sesiapa membunuh dirinya dengan besi, nescaya dia diazab di dalam neraka jahannam.

al Bukhori meriwayatkan:

"كَانَ بِرَجُلٍ جِرَاحٌ، فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَقَال اللَّهُ: بَدَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ".

Terdapat seorang lelaki yang tercedera lalu dia membunuh dirinya sendiri. Maka Allah berfirman kepadanya hambaKu bersegera melakukannya ( membunuh diri sebelum aku mematikannya ) maka haramkan ke atasnya syurga.

Menurut para ulamak maksud hadis ini ialah dia membunuh dirinya kerana menganggap perbuatan itu adalah halal maka dia menjadi kafir dengan sebab iktiqadnya itu.

Muslim meriwayatkan

: "أُتِيَ النَّبِيُّ -صلى الله عليه وسلم- بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ، فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ"

Dibawa kepada nabi SAW jenazah lelaki yang membunuh diri dengan pisau ,lalu baginda tidak menyembahyangkan jenazahnya.

Hadis ini menjadi dalil kepada mazhab Hambali.

Muslim meriwayatkan :

Jabir berkata bahawa apabila baginda berhijrah ke Madinah, turut berhijrah kepada
Nabi SAW ialah Tufail bin Amru dan bersamanya seorang lelaki dari kaumnya , tetapi mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Madinah. Kemudian lelaki itu jatuh sakit dan sentiasa keluh resah. Lalu dia mengambil sebilah pisau dan memotong ruas jarinya dan  berlaku pendarahan padanya dan dia mati. al Tufail bin Amru telah bermimpi dan melihatnya dalam keadaan rupa paras yang elok dan kelihatan berbalut  kedua tangannya. Lalu al Tufail bertanya kepadanya, "
Apakah yang telah dilakukan oleh tuhan kepada engkau"? Dia menjawab Allah mengampuni aku dengan sebab hujrahku kepada nabiNya SAW. Seterusnya al Tufail bertanya mengapa aku lihat tangan kamu berbalut? Lalu aku diberitahu Kami tidak akan memperelokkan apa yang telah engkau rosakkan (tangannya elok sebelum dia memotongnya).

al Tufail telah menceritakan mimpi itu kepada nabi SAW , nabi SAW bersabda sesungguhnya dia telah mendapat keampunan.

Hadis ini menjadi dalil bahawa pembunuh diri masih Islam.

Wallahua'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan