HUKUM MUSAFIR PADA HARI JUMAAT
Terdapat dua pendapat para fuqaha' berkenaan hukum safar pada hari jumaat selepas fajar@masuk waktu subuh.
Pendapat Pertama
Mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah;harus safar selepas subuh jumaat walaupun menyebabkan tidak sempat menunaikan fardu jumaat.
Pendapat Kedua
Mazhab Syafi'yyah dan Hanabilah
Safar pada hari jumaat selepas subuh dilarang JIKA menyebabkan tidak dapat menunaikan solat jumaat.
Mereka ( lelaki muslim mukallaf ) yang melakukan safar selepas subuh hari jumaat wajib menunaikan solat jumaat.
Tetapi jika terpaksa safar dan menyebabkan tidak dapat mengerjakan solat jumaat, maka ianya dibolehkan. Contoh terpaksa safar ialah jika tidak safar waktu itu akan tertinggal dari rombongan.
Walaubagaimanapun mereka sepakat menyatakan safar selepas masuk waktu solat jumaat dan sebelum ditunaikan solat jumaat adalah dilarang.
Wallahua'lam.
::: Pusat Talaqqi Batu Rakit :::
::: fb.com/PTBR.Official :::
0 ulasan:
Catat Ulasan