Isnin, 7 November 2016

KETUNDUKAN PARA SAHABAT KEPADA AJARAN ISLAM

6:58 PG Posted by Unknown No comments
KETUNDUKAN PARA SAHABAT KEPADA AJARAN ISLAM
al Bukhori meriwayatkan daripada Ma'qil bin Yasar menceritakan
أَنَّهَا نَزَلَتْ فِيهِ، قَالَ: زَوَّجْتُ أُخْتًا لِي مِنْ رَجُلٍ فَطَلَّقَهَا، حَتَّى إِذَا انْقَضَتْ عِدَّتُهَا جَاءَ يَخْطُبُهَا، فَقُلْتُ لَهُ: زَوَّجْتُكَ وَفَرَشْتُكَ وَأَكْرَمْتُكَ، فَطَلَّقْتَهَا، ثُمَّ جِئْتَ تَخْطُبُهَا، لاَ وَاللَّهِ لاَ تَعُودُ إِلَيْكَ أَبَدًا، وَكَانَ رَجُلًا لاَ بَأْسَ بِهِ، وَكَانَتِ المَرْأَةُ تُرِيدُ أَنْ تَرْجِعَ إِلَيْهِ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ هَذِهِ الآيَةَ: {فَلاَ تَعْضُلُوهُنَّ} [البقرة: ٢٣٢] فَقُلْتُ: الآنَ أَفْعَلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «فَزَوَّجَهَا إِيَّاهُ»
Bahawa ayat berikut turun disebabkan kerananya.
(وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوا..
Apabila kamu menceraikan isteri kamu kemudian tamatlah iddah mereka, maka janganlah kamu ( wahai para wali ) halangi mereka mengahwini bekas suami mereka.....
Ma'qil menceritakan,"aku mengahwinkan adik perempuanku dengan seorang lelaki kemudian dia menceraikannya ( adik perempuanku ). Apabila selesai iddahnya, bekas suaminya datang kembali meminangnya. Lalu aku berkata kepadanya aku pernah mengahwinkan engkau dan menjadikannya isteri engkau dan aku memuliakanmu. Kemudian engkau menceraikannya dan datang kembali meminangnya.
Tidak!! Demi Allah engkau sekali-kali tidak akan kembali kepadanya!!
Bekas suami adiknya adalah seorang lelaki yang baik. Adik Ma'qil ingin berkahwin kembali dengan bekas suaminya". Lalu Allah menurunkan ayat di atas ( nabi SAW memanggil Ma'qil dan membaca ayat tersebut kepadanya). Ma'qil berkata, "aku lakukannya sekarang wahai Rasulullah SAW". Kemudian beliau mengahwinkan lelaki tersebut dengan adik perempuannya.
ULASAN
Hadis menjelaskan kepatuhan para sahabat kepada agama walaupun ianya bertentangan dengan nafsu mereka.
Ma'qil bertegas tidak akan membenarkan bekas suami adik perempuannya berkahwin dengan adiknya kali kedua. Beliau menyatakan alasannya berbuat demikian. Beliau menegaskan beliau memuliakan lelaki tersebut  melebihi orang lain.  Tetapi setelah berkahwin, dia menceraikan isterinya. Ma'qil tidak boleh memaafkan perbuatan tersebut. Beliau bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak akan membenarkan perkahwinan kali kedua.
Namun begitu sebaik sahaja dibaca kepadanya ayat Quran yang menegah berbuat demikian beliau segera patuh dan akur.
Semoga jiwa sahabat ini dapat kita jiwai.
Wallahua'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan