ULASAN
Sejak kebelakangan ini banyak sangat isu rakyat yg mengutuk pemimpin.... kita kena hati-hati, walaupun apa pun yg berlaku diebabkan tindakan pemimpin, janganlah *Matlamat Politik* menghalalkan pelbagai cara kita menghina pemimpin, hanya menambah dosa sahaja.
Izinkan saya kongsi *5 Hadis Sahih*, 4 daripadanya Hadis Riwayat Muslim, dan 1 daripadanya Hadis Tarmizi. Sila ambil perhatian untuk *Hadis no.2 dan no.3*:
1) Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci Allah dan sangat jauh dariAllah adalah seorang pemimpin yang zalim.
(hr. Turmudzi)
*Komen saya, ini antara Allah dan pemimpin, bukan kita utk mengutuk dan mengadili, fitnah, dan sebagainya.*
ULASAN
Pemimpin yang zalim wajib dibetulkan . Cara membetulkan pemerintah tersebut ialah menyuruhnya berlaku adil dan melarangnya melakukan kejahatan dan kezaliman.
Khulafa Rasyidin yang dijamin syurga membuka pintu teguran seluas-luasnya kepada rakyat.
Mereka yang menegur wajib menjaga hukum-hukum yang berkaitan teguran kepada pemerintah.
Fitnah, maki hamun dan pembohongan serta melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudorat adalah haram dilakukan ketika teguran dibuat.
2) Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع )
Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin *walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”.
[al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].
ULASAN
Para ulamak berselisih berpendapat berkenaan ungkapan walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”.
Menurut pendapat pertama tambahan tersebut adalah lemah dan tidak boleh dibuat hujjah. Riwayat Bukhori dan Muslim melalui jaluran Abi Idris al Khaulani menyebut apa yang engkau perintahkan daku? Baginda menjawab hendaklah engkau berada dan beristiqamah dengan kumpulan Islam dan pemimpin mereka .
Ringkasnya tambahan perkataan walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”. tidak diterima kerana ia bercanggah dengan nas lain yang lebih kuat.
Pendapat kedua pula menerima pakai lafaz walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah*”.
Mereka menyatakan maksud hadis tersebut ialah apabila pemerintah melaksanakan keadilan , rakyat wajib bersabar dalam menunaikan arahannya walaupun arahan tersebut bercanggah dengan kehendaknya. Pendapat ini dipegang oleh Ibn Hazm.
3) Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya *sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah*”.
[al-Bukhari & Muslim]
ULASAN
Sabar menghadapi pemerintah bukan beerti mendiamkan diri dari menyatakan kebenaran.
Sabar ialah menahan diri dari melakukan maksiat, memaksa diri untuk melakukan dan tidak keluh kesah dengan ujian yang menerpa.
Wallahu'alam.
0 ulasan:
Catat Ulasan