SOALAN
Adakah sedekah dengan air adalah sedekah paling afhdal?
JAWAPAN
Sedekah dengan air ada dinyatakan di dalam hadis riwayat Abu Dawud dan al Nasaei. Riwayat Abu Dawud seperti berikut:
عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ، أَنَّهُ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أُمَّ سَعْدٍ مَاتَتْ، فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ؟، قَالَ الْمَاءُ قَالَ: فَحَفَرَ بِئْرًا وَقَالَ هَذِهِ لِأُمِّ سَعْدٍ
Daripada Sa’d bin Ubadah bahawa dia pernah berkata, “ wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu Sa’ad telah meninggal dunia. Maka apakah sedekah yang paling afdhal?
Baginda SAW menjawab, “air”.
Lalu Sa’ad menggali telaga dan berkata, “inilah sedekah di atas nama ibu Sa’ad”.
Ada dua pendapat dalam menafsirkan maksud hadis di atas.
PENDAPAT PERTAMA
Sedekah dengan air adalah sedekah yang paling afdhal kerana manfaatnya menyeluruh dan berpanjangan. Pendapat ini berpegang kepada zahir lafaz hadis. Menurut pendapat ini perkataan PALING AFDHAL adalah secara mutlaq dan haqiqi.
PENDAPAT KEDUA
Sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah dengan perkara yang paling bermanfaat dan paling diperlukan pada ketika itu. Hadis di atas menjelaskan sedekah yang paling afhdal ialah sedekah dengan air kerana pada masa tersebut air ialah keperluan yang paling dikehendaki. Jika di sesuatu tempat paling berhajat kepada Mushaf, maka bersedekah dengan musfhaf adalah paling afdhal. Pendapat ini menganggap perkataan PALING AFDHAL dalam hadis di atas bermaksud PALING AFDHAL ketika itu bukannya secara mutlaq. Paling afdhal secara mutlaq bermaksud dalam semua keadaan sedekah yang paling afdhal ialah sedekah dengan air. Afdhal secara mutlaq dinamakan afdhal haqiqi, manakala afdhal menurut keadaan dinamakan secara afdhal idofi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk bab الحصر dalam ilmu balaghah.
Hadis di atas menunjukkan pahala sedekah sampai kepada si mati. Sa’ad menggali telaga untuk diwaqafkan kepada masyarakat di atas nama ibunya yang sudah meninggal dunia. Menurut Imam Nawawi, sedekah di atas nama si mati iaitu pahalanya untuk si mati pahalanya sampai kepada si mati dengan ijmak para ulamak. Begitu juga ijmak ulamak menyatakan doa, menunaikan hutang dan merngerjakan haji wajib adalah bermanfaat kepada si mati.
Wallahua’lam
::: Pusat Talaqqi Batu Rakit :::
::: fb.com/PTBR.Official :::
0 ulasan:
Catat Ulasan