SOALAN :
Seseorang yang berniat jamak taqdim, sebaik sahaja selesai solat pertama, dia tidak mahu meneruskan solat kedua. Apa hukumnya?
JAWAPAN :
Hukumnya harus. Solat kedua wajib dikerjakan dalam waktunya yang asal.
SOALAN :
Kita solat jamak takdim antara zuhur dan asar di akhir waktu zuhur. Sedang kita solat zuhur atay asar, tiba-tiba orang azan, yang menandakan masuk waktu asar. Bagaimana status solat kita itu ustaz? Kena berhenti solat kemudian solat semula dengan niat jamak takhir atau macamana ?
JAWAPAN :
1- jika azan di laungkan ketika solat zohor, solat zohor itu sah, manakala asar pula wajib dikerjakan dalam waktunya seperti biasa. Adapun jamak pula tidak sah.
2- jika azan di laungkan ketika solat asar, solat zohor itu sah, manakala asar pula wajib diulang dan dikerjakan dalam waktunya seperti biasa. Adapun jamak taqdim itu pula tidak sah. Solat Asar yang sedang dikerjakan tidak sah kerana waktu solat pertama berakhir sebelum sempat selesai solat kedu.
SOALAN :
Kita telah mengerjakan solat jamak takdim serta qosar zuhur dan asar contohnya secara bersendirian. Apabila masuk waktu asar, buleh atau tidak kita hendak mengulangi solat asar sahaja secara berjemaah?
JAWAPAN :
Boleh berbuat demikian. Solat yang diulang itu menjadi sunat baginya.
عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الْأَسْوَدِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ غُلَامٌ شَابٌّ، فَلَمَّا صَلَّى إِذَا رَجُلَانِ لَمْ يُصَلِّيَا فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ، فَدَعَا بِهِمَا فَجِئَ بِهِمَا تُرْعَدُ فَرَائِصُهُمَا، فَقَالَ: «مَا مَنَعَكُمَا أَنْ تُصَلِّيَا مَعَنَا؟» قَالَا: قَدْ صَلَّيْنَا فِي رِحَالِنَا، فَقَالَ: «لَا تَفْعَلُوا، إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِي رَحْلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الْإِمَامَ وَلَمْ يُصَلِّ، فَلْيُصَلِّ مَعَهُ فَإِنَّهَا لَهُ نَافِلَةٌ
Abu Dawud meriwayatkan daripada Jabir bin Yazid bin al Aswad daripada bapanya bahawa dia pernah mengerjakan solat bersama Nabi SAW, ketika itu dia masih remaja. Setelah selesai solat, baginda SAW terlihat dua orang lelaki yang berada di satu penjuru masjid tidak mengerjakan solat bersama orang ramai. Nabi saw mengarahkan dua orang tersebut dibawa bertemu dengannya. Kedua lelaki tersebut terketar-ketar ketika dibawa di hadapan baginda saw.
Baginda saw bertanya, apakah yang menghalang kamu dari mengerjakan solat bersama kami?
Keduanya menjawab, kami telah bersembahyang. sebelum datang ke masjid di rumah kami.
Baginda saw bersabda janganlah kamu buat begitu.
Apabila seseorang kamu telah selesai mengerjakan solat di rumah kamu kemudian dia pergi ke masjid dan sempat dengan imam yang sedang mengerjakan solat, hendaklah dia mengerjakan solat bersama imam tersebut , dan solat tersebut menjadi sunat bagi keduanya.
Pendapat ini adalah pendapat mazhab Shafei.
SOALAN :
Kita solat jamak takdim serta qosar zuhur dan asar. Sewaktu solat asar, kita terbatal solat dengan
1. Bercakap atau makan (tidak batal wuduk)
2. Terkentut (batal wuduk)
Bagaimana dalam kedua-dua kes tu ustaz ? Kena solat semula zuhur dan asar atau sambung solat asar saja?
JAWAPAN :
Setelah terkentut, terus ambil wuduk dan tunaikan solat asar dan zohor tidak perlu diulang. Kes begini, tidak dikira putus muwalat yang menjadi salah satu syarat jamak taqdim.
Syarat jamak taqdim ada enam kesemuanya. Antaranya:
1. Tertib. Iaitu dimulai dengan solat yang pertama seperti Zohor atau Maghrib.
2. Berniat jamak ketika mengerjakan solat yang pertama samada di awal atau dipertenghan ataupun di akhir solat pertama.
3. Berturut-turut antara dua solat.
4. Diyakini solat pertama sah
5. Waktu yang diharuskan jamak belum berakhir ketika jamak dilakukan
6. Mengetahui tentang keharusan jamak seperti dia tahu bahawa diharuskan baginya jamak kerana dia sedang musafir.
0 ulasan:
Catat Ulasan