Ahad, 6 November 2016

KELUAR MASJID SELEPAS AZAN

2:09 PG Posted by Unknown No comments
KELUAR MASJID SELEPAS AZAN

SOALAN :
Apabila kita berada di dalam sesebuah masjid, kemudian bilal melaungkanm azan, adakah kena tunggu solat berjemaah dahulu, baru boleh keluar?

JAWAPAN :
Keluar dari masjid selepas azan adalah makruh jika keluar tanpa sebab. Jika ada sebab tidak mengapa
 .
Imam Ahmad meriwayatkan :

إِذَا كُنْتُمْ في المسجد فنودى بالصلاة فَلَا يَخْرُجْ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ

Maksudnya : Apabila kamu berada dalam masjid, dan dilaungkan azan, maka janganlah kamu keluar sehingga kamu mengerjakan solat berjamaah terlebih dahulu.

Al Hafiz Ibnu Hajar berkata harus keluar jika ada sebab seperti hidung berdarah
atau terbatal wuduk.

0 ulasan:

Catat Ulasan