PENJELASAN HADIS LARANGAN DUDUK PADA TANGAN KIRI
Abu Dawud meriwayatkan
عَنْ أَبِيهِ الشَّرِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ قَالَ مَرَّ بِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَنَا جَالِسٌ هَكَذَا وَقَدْ وَضَعْتُ يَدِىَ الْيُسْرَى خَلْفَ ظَهْرِى وَاتَّكَأْتُ عَلَى أَلْيَةِ يَدِى فَقَالَ « أَتَقْعُدُ قِعْدَةَ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ».
Syirrid bin Suwaid radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah pernah melintas di hadapanku sedang aku duduk seperti ini, yaitu bersandar pada tangan kiriku yang aku letakkan di belakang. Lalu baginda Nabi bersabda, “Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai?”
HURAIAN
Hadis di atas menjelaskan baginda melarang duduk seperti orang yang dibenci oleh Allah SWT.
Larangan tersebut adalah larangan makruh.Abu Dawud meletakkan hadis di atas di bawah tajuk
بَابٌ فِي الْجِلْسَةِ الْمَكْرُوهَةِ
Bab Berkenaan Duduk Yang Dibenci.
Terdapat dua hadis yang berkaitan larangan duduk bersandar pada tangan kiri yang diletakkan di belakang. Satu hadis larangan duduk bersandar pada tangan kiri yang diletakkan di belakang di luar solat dan satu hadis berkaitan larangan duduk bersandar pada tangan kiri di dalam solat. Hadis di dalam solat juga diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Ibnu Umar berbunyi:
أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يَتَّكِئُ عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى وَهُوَ قَاعِدٌ فِي الصَّلَاةِ - قَالَ هَارُونُ بْنُ زَيْدٍ، سَاقِطًا عَلَى شِقِّهِ الْأَيْسَرِ، فَقَالَ لَهُ: «لَا تَجْلِسْ هَكَذَا، فَإِنَّ هَكَذَا يَجْلِسُ الَّذِينَ يُعَذَّبُونَ
Bahawa Ibnu Umar melihat seorang lelaki bersandar berkaitan larangan duduk bersandar pada tangan kiri di dalam solat –menurut Harun iaitu perawi hadis, senget badan ke sebelah kirinya lalu Ibnu Umar berkata janganlah engkau duduk begini kerana sesungguhnya beginilah cara duduk orang yang akan diazab.
Abu Dawud meletakkan hadis ini di bawah tajuk:
بَابُ كَرَاهِيَةِ الِاعْتِمَادِ عَلَى الْيَدِ فِي الصَّلَاةِ
Bab pada menyatakan larangan bersandar pada tangan ketika solat.
Ada dua kemungkinan di sini iaitu hadis yang kedua menjelaskan hadis yang pertama iaitu larangan duduk bersandar pada tangan kiri ialah ketika mengerjakan solat bukannya di luar solat. Di luar solat ianya dibolehkan.
Kemungkinan yang kedua ialah larangan duduk bersandar pada tangan kiri adalah ketika solat atau di luar solat.
Apa yang zahirnya larangan tersebut merangkumi dalam dan luar solat.
Ada yang berpandangan jika bersandar pada tangan kanan adalah dibolehkan.
Apakah sebab larangan tersebut? Sebabnya ialah cara duduk tersebut cara duduk orang yang dimurkai oleh Allah.
Dapat difahami dari kenyataan tersebut, setiap cara duduk khas bagi mereka yang dimurkai Allah adalah dilarang.
Berkaitan cara duduk Imam Nawawi menyatakan di dalam kitab Majmuk:
يَجُوزُ الْقُعُودُ مُتَرَبِّعًا وَمُفْتَرِشًا وَمُتَوَرِّكًا وَمُحْتَبِيًا وَالْقُرْفُصَاءَ وَالِاسْتِلْقَاءُ عَلَى الْقَفَا وَمَدُّ الرِّجْلِ وَغَيْرُ ذَلِكَ مِنْ هَيْئَاتِ الْقُعُودِ وَنَحْوِهَا ولا كراهة في شئ مِنْ ذَلِكَ إذَا لَمْ يَكْشِفْ عَوْرَتَهُ وَلَمْ يَمُدَّ رِجْلَهُ بِحَضْرَةِ النَّاسِ وَقَدْ تَظَاهَرَتْ الْأَحَادِيثُ الصَّحِيحَةُ عَلَى ذَلِكَ
Harus duduk bersila, duduk iftirasy, duduk tawarruk ( duduk tahiyyat akhir ) , duduk sambil memeluk dudu lutut, duduk dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, telentang di atas belakang, duduk dengan menghulur kaki ke hadapan dan lain-lain cara duduk selagi tidak menampakkan aurat dan tidak menghalakan kaki ( menghulurkan kaki ) ke arah orangramai.
Wallahua’lam
PUSAT TALAQQI BATU RAKIT
0 ulasan:
Catat Ulasan