Isnin, 7 November 2016

PENGURUSAN JENAZAH ORANG BUNUH DIRI

7:35 PG Posted by Unknown No comments

PENGURUSAN JENAZAH ORANG BUNUH DIRI
Menurut ahli sunnah orang Islam yang membunuh diri  adalah masih Islam. Perbuatannya itu tidak menyebabkan dia terkeluar dari agama Islam. Walaupun bagaimanapun para fuqaha berbeza pendapat tentang cara pengurusan jenazah pembunuh diri sendiri.

Menurut mazhab Hanafi dan Syafei jenazah mereka diurus sama seperti jenazah muslim  yang lain iaitu dimandi, dikapan , disolat dan dikebumikan.

Manakala mazhab hambali pula berpendapat pemerintah tidak harus mengerjakan solat ke atas jenazah orang membunuh diri.

HADIS BEKAITAN BUNUH DIRI

al Bukhori meriwayatkan 

"الَّذِي يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِي النَّارِ، وَالَّذِي يَطْعُنُهَا يَطْعُنُهَا فِي النَّارِ".
Orang yang mencekik dirinya sendiri akan dicekik dalam neraka dan  yang menikam dirinya sendiri akan ditikam di dalam neraka.

al Bukhori meriwayatkan

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَل نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَل نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Sesiapa yang terjun dari bukit bertujuan  membunuh dirinya maka dia kekal di dalam neraka selama-lama.
Barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sebatang besi, maka kelak besi itu berada di tangannya lalu dia menikam perutnya sendiri di dalam neraka selama-lamanya.

Menurut ulamak maksud hadis ini ialah orang yang membunuh diri dan beriktiqad bunuh diri adalah halal , maka dia menjadi kafir dengan sebab iktiqad tersebut dan dia kekal di dalam neraka.

al Bukhori meriwayatkan

وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ عُذِّبَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ".

Sesiapa membunuh dirinya dengan besi, nescaya dia diazab di dalam neraka jahannam.

al Bukhori meriwayatkan:

"كَانَ بِرَجُلٍ جِرَاحٌ، فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَقَال اللَّهُ: بَدَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ".

Terdapat seorang lelaki yang tercedera lalu dia membunuh dirinya sendiri. Maka Allah berfirman kepadanya hambaKu bersegera melakukannya ( membunuh diri sebelum aku mematikannya ) maka haramkan ke atasnya syurga.

Menurut para ulamak maksud hadis ini ialah dia membunuh dirinya kerana menganggap perbuatan itu adalah halal maka dia menjadi kafir dengan sebab iktiqadnya itu.

Muslim meriwayatkan

: "أُتِيَ النَّبِيُّ -صلى الله عليه وسلم- بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ، فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ"

Dibawa kepada nabi SAW jenazah lelaki yang membunuh diri dengan pisau ,lalu baginda tidak menyembahyangkan jenazahnya.

Hadis ini menjadi dalil kepada mazhab Hambali.

Muslim meriwayatkan :

Jabir berkata bahawa apabila baginda berhijrah ke Madinah, turut berhijrah kepada
Nabi SAW ialah Tufail bin Amru dan bersamanya seorang lelaki dari kaumnya , tetapi mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Madinah. Kemudian lelaki itu jatuh sakit dan sentiasa keluh resah. Lalu dia mengambil sebilah pisau dan memotong ruas jarinya dan  berlaku pendarahan padanya dan dia mati. al Tufail bin Amru telah bermimpi dan melihatnya dalam keadaan rupa paras yang elok dan kelihatan berbalut  kedua tangannya. Lalu al Tufail bertanya kepadanya, "
Apakah yang telah dilakukan oleh tuhan kepada engkau"? Dia menjawab Allah mengampuni aku dengan sebab hujrahku kepada nabiNya SAW. Seterusnya al Tufail bertanya mengapa aku lihat tangan kamu berbalut? Lalu aku diberitahu Kami tidak akan memperelokkan apa yang telah engkau rosakkan (tangannya elok sebelum dia memotongnya).

al Tufail telah menceritakan mimpi itu kepada nabi SAW , nabi SAW bersabda sesungguhnya dia telah mendapat keampunan.

Hadis ini menjadi dalil bahawa pembunuh diri masih Islam.

Wallahua'lam.

PERINGATAN BAGI PENDAKWAH

7:32 PG Posted by Unknown No comments

PERINGATAN BAGI PENDAKWAH

Imam Ahmad meriwayatkan ;

عَنْ ضَمْضَمِ بْنِ جَوْسٍ الْيَمَامِيِّ، قَالَ: قَالَ لِي أَبُو هُرَيْرَةَ: يَا يَمَامِيُّ، لَا تَقُولَنَّ لِرَجُلٍ: وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ، أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ أَبَدًا. قُلْتُ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، إِنَّ هَذِهِ لَكَلِمَةٌ يَقُولُهَا أَحَدُنَا لِأَخِيهِ وَصَاحِبِهِ إِذَا غَضِبَ. قَالَ: فَلَا تَقُلْهَا، فَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كَانَ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ رَجُلَانِ، كَانَ أَحَدُهُمَا مُجْتَهِدًا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ الْآخَرُ مُسْرِفًا عَلَى نَفْسِهِ، فَكَانَا مُتَآخِيَيْنِ، فَكَانَ الْمُجْتَهِدُ لَا يَزَالُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى ذَنْبٍ، فَيَقُولُ: يَا هَذَا، أَقْصِرْ. فَيَقُولُ: خَلِّنِي وَرَبِّي، أَبُعِثْتَ عَلَيَّ  رَقِيبًا؟  قَالَ: إِلَى أَنْ رَآهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ اسْتَعْظَمَهُ، فَقَالَ لَهُ: وَيْحَكَ، أَقْصِرْ. قَالَ: خَلِّنِي وَرَبِّي، أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا ، قَالَ: فَقَالَ: وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ، أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ أَبَدًا. قَالَ أَحَدُهُمَا، قَالَ: فَبَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهِمَا مَلَكًا، فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا، وَاجْتَمَعَا عِنْدَهُ، فَقَالَ لِلْمُذْنِبِ: اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي. وَقَالَ لِلْآخَرِ: أَكُنْتَ بِي عَالِمًا، أَكُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا، اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ . قَالَ:فَوَالَّذِي نَفْسُ أَبِي الْقَاسِمِ بِيَدِهِ، لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
  Daripada Dhodhom bin Jaus al Yamami katanya," Abu Hurairah berkata kepadaku wahai Yamami janganlah engkau berkata kepada seorang lelaki demi Allah, Allah tidak mengampuni kamu atau Allah tidak memasukkan engkau ke dalam syurga selama-lamanya.
Aku berkata wahai Abu Hurairah sesungguhnya perkataan ini diucapkan oleh seseorang kepada saudaranya ketika dia marah .

Abu Hurairah berkata jangan engkau berkata demikian kerana aku pernah mendengar nabi SAW bersabda ada dua orang lelaki dari Bani Israel salah seorang darinya bersungguh-sungguh beribadah dan seorang lagi sentiasa melampaui batas agama.

Dua lelaki tersebut mempunyai hubungan yang rapat.
Orang yang bersungguh-sungguh beribadah sentiasa melihat kawannya mengerjakan dosa. Lalu dia berkata,"hai kamu! berhentilah! Lalu kawannya menjawab," biarkanlah aku dengan tuhanku". Adakah engkau ditugaskan menjadi Raqib kepada aku? Pada suatu hari dia melihat rakannya mengerjakan dosa yang besar menurut pandangannya. Dia berkata," celakalah kamu ! Berhentilah dari melakukan dosa"! Lalu kawannya menjawab," biarkanlah aku dengan tuhanku.
Adakah engkau ditugaskan menjadi Raqib kepada aku"? Lalu kawannya menjawab," demi Allah, Allah tidak mengampuni dosa kamu atau Allah tidak akan memasukkan kamu ke dalam syurga selama-lamanya". Kemudian kedua-duanya dimatikan Allah dan ruh keduanya bertemu di sisi Allah. Allah berfirman kepada yang berdosa," pergilah kamu masuk syurga dengan RahmatKu". Kemudian Allah berfirman kepada  seorang lagi

HUKUM MUSAFIR PADA HARI JUMAAT

7:31 PG Posted by Unknown No comments

HUKUM MUSAFIR PADA HARI JUMAAT

Terdapat dua pendapat para fuqaha' berkenaan hukum safar pada hari jumaat selepas fajar@masuk waktu subuh.

Pendapat Pertama

Mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah;harus safar selepas subuh  jumaat walaupun menyebabkan tidak sempat menunaikan fardu jumaat.

Pendapat Kedua

Mazhab Syafi'yyah dan Hanabilah

Safar pada hari jumaat selepas subuh dilarang JIKA menyebabkan tidak dapat menunaikan solat jumaat.

Mereka ( lelaki muslim mukallaf ) yang melakukan safar selepas subuh hari jumaat wajib menunaikan solat jumaat.

Tetapi jika terpaksa safar dan menyebabkan tidak dapat mengerjakan solat jumaat, maka ianya dibolehkan. Contoh terpaksa safar ialah jika tidak safar waktu itu akan tertinggal dari rombongan.

Walaubagaimanapun mereka sepakat menyatakan safar selepas masuk waktu solat jumaat dan sebelum ditunaikan solat jumaat adalah dilarang.

Wallahua'lam.

::: Pusat Talaqqi Batu Rakit :::

::: fb.com/PTBR.Official :::

HUKUM MEMINUM MINYAK KULIT BINATANG

7:30 PG Posted by Unknown No comments

HUKUM MEMINUM MINYAK KULIT BINATANG

Minyak kulit bangkai adalah najis dan haram diminum.

Minyak kulit binatang yang boleh dimakan dan disembelih adalah halal diminum.

Minyak kulit binatang yang disamak pula adalah haram diminum sama ada kulit bangkai binatang yang halal dimakan atau binatang yang tidak halal dimakan.

Hukum ini berdalilkan hadis riwayat al Bukhori daripada Ibn Abbas ,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِشَاةٍ مَيِّتَةٍ، فَقَال: "هَلَّا اسْتَمْتَعْتُمْ بِإِهَابِهَا؟ "، قَالُوا: إِنَّهَا مَيِّتَةٌ، قَال: "إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا".

Bahawa nabi SAW melalui  dekat  seekor bangkai kambing, baginda bersabda , "mengapa kamu tidak mengambil manfaat dari kulitnya"?

Para sahabat menjawab, "sesungguhnya ianya adalah bangkai"

Baginda menjawab, "sesungguhnya yang diharamkan ialah memakannya".

Wallahua'lam.

::: Pusat Talaqqi Batu Rakit :::

::: fb.com/PTBR.Official :::

BERTABARRUK DENGAN NABI SAW

7:29 PG Posted by Unknown No comments

BERTABARRUK DENGAN NABI SAW

Tabarruk ialah mencari kebaikan kurniaan Allah pada sesuatu seperti tabarruk dengan air Zam zam.

Para ulamak sepakat menyatakan tabarruk dengan nabi SAW dan pakaiannya serta yang berkaitan dengan baginda adalah diizinkan.

Manakala bertabarruk dengan insan soleh selain dari nabi SAW pula, para ulamak berbeza pendapat berkenaan hukumnya.

Ada yang mengharuskannya kerana qias  tabarruk dengan nabi SAW. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam Nawawi.

Ada yang tidak mengharuskannya dengan alasan tabarruk dengan nabi SAW tidak boleh diqiaskan dengan insan yang lain. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini ialah Ibn Rejab.

Alasannya ialah keharusan bertabarruk dengan nabi SAW adalah keistimewaan baginda dan ianya tidak dikurniakan kepada insan lain. Oleh itu tidak boleh diqiaskan tabarruk dengan nabi SAW dengan tabarruk insan yang lain.

Di antara hadis yang menceritakan tentang tabarruk dengan nabi SAW ialah hadis al Bukhori berikut:

وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ وَهْبٍ، قَالَ: أَرْسَلَنِي أَهْلِي إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ، وَكَانَ إِذَا أَصَابَ الْإِنْسَانَ عَيْنٌ أَوْ شَيْءٌ بَعَثَ إِلَيْهَا مِخْضَبَهُ، فَأَخْرَجَتْ مِنْ شَعْرِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَكَانَتْ تُمْسِكُهُ فِي جُلْجُلٍ مِنْ فِضَّةٍ، فَخَضْخَضَتْهُ لَهُ، فَشَرِبَ مِنْهُ، قَالَ: فَاطَّلَعْتُ فِي الْجُلْجُلِ فَرَأَيْتُ شَعَرَاتٍ حَمْرَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Daripada Othman bin Abdullah bin Wahb katanya keluargaku menyuruh aku menemui Ummu Salamah dengan membawa sebekas air. Apabila seorang manusia ditimpa penyakit ain atau sesuatu penyakit  yang lain, dia akan menghantar kepada Ummu Salamah sebuah bekas air yang besar. Lalu Ummu Salamah mengeluarkan rambut nabi SAW yang disimpan oleh beliau di dalam bekas perak yang bentuknya seperti loceng. Lalu Ummu Salamah (meletak rambut tersebut dalam bekas air dan ) mengoncang bekas tersebut dan kemudian orang sakit meminum airnya. Lalu aku melihat ke dalam bekas tersebut dan terlihat oleh aku beberapa helai rambut baginda di dalamnya  berwarna merah (kesan inai).
  
Wallahua'lam.

LARANGAN MELAMPAU KETIKA BERSUCI DAN BERDOA

7:27 PG Posted by Unknown No comments

LARANGAN MELAMPAU KETIKA BERSUCI DAN BERDOA

Sikap melampau sikap yang ditolak oleh Islam.

al Darimi meriwayatkan:

وَإِيَّاكُمْ وَالتَّنَطُّعَ،
 
_Jauhilah kamu dari sikap melampau_.

Di antara sikap melampau yang dinyatakan dalam hadis nabi SAW  ialah melampau ketika berdoa dan ketika bersuci.

Abu Dawud meriwayatkan;

 عَنْ أَبِي نَعَامَةَ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُغَفَّلٍ، سَمِعَ ابْنَهُ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْقَصْرَ الْأَبْيَضَ، عَنْ يَمِينِ الْجَنَّةِ إِذَا دَخَلْتُهَا، فَقَالَ: أَيْ بُنَيَّ، سَلِ اللَّهَ الْجَنَّةَ، وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنَ النَّارِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّهُ سَيَكُونُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الطَّهُورِ وَالدُّعَاءِ»

_Daripada Abi Na'amah katanya, "Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa Ya Allah aku memohon kepadamu istana berwarna putih yang terletak di kanan syurga ketika aku memasukinya. Lalu beliau menegurnya dengan berkata wahai anak kesayanganku, pohonlah syurga dengan Allah dan pohonlah perlindungan dari neraka ( memadai hanya menyebut begitu sahaja). Sesungguhnya aku pernah mendengar nabi SAW bersabda akan muncul  dalam kalangan ummat ini mereka yang melampau ketika bersuci dan ketika berdoa_.

KETERANGAN

Menurut alim ulamak dikehendaki dengan melampau dalam  bersuci ialah membasuh lebih dari bilangan yang dikehendaki seperti membasuh tangan empat kali ketika berwuduk . Manakala melampau dalam berdoa pula ialah meminta perkara yang tidak sepatutnya. Ada juga yang berpendapat, berdoa dengan suara yang kuat.

Sesungguhnya sikap melampau amat keji dan wajib dijauhi.

Seseorang yang sentiasa menyebut syaitan jahat. Setiap hari disebutnya jahat, jahat , jahat....

Adakah sebutan itu dituntut? Apakah itu termasuk perbuatan melampau?

Adakah baginda setiap hari menyebut syaitan jahat, jahat...
Atau baginda sentiasa berdoa agar dijauhi dari syaitan dan sentiasa berjuang menjelaskan kejahatan syaitan  dan berdoa agar kaumnya dijauhi dari syaitan?.

Semoga Allah sentiasa memberi  petunjuk kepada kita dan tidak terjebak dengan bisikan syaitan.

Wallahua'lam.

ZIKIR PENGUAT TENAGA ISTERI

7:24 PG Posted by Unknown No comments

ZIKIR  PENGUAT TENAGA ISTERI

al Bukhori meriwayatkan

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكِ مِنْهُ تُسَبِّحِينَ اللَّهَ عِنْدَ مَنَامِكِ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدِينَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتُكَبِّرِينَ اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ ثُمَّ قَالَ سُفْيَانُ  إِحْدَاهُنَّ أَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ فَمَا تَرَكْتُهَا بَعْدُ قِيلَ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ قَالَ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ

Daripada Ali bin Abi Tolib bahawa Fatimah AS datang menemui nabi SAW memohon seorang khadam, lalu baginda bersabda kepadanya, " sukakah aku ceritakan kepada kamu  apa yang lebih baik dari seorang khadam? Iaitulah engkau bertasbih ketika hendak tidur sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir sebanyak 34 kali".

ULASAN

Kehidupan berumahtangga tidak terpisah dari kepenatan. Putri kesayangan Nabi SAW sendiripun turut mengalami kepenatan tersebut sehingga melecek tangannya. Untuk meringankan bebanan kehidupan mengurus rumahtangga, Fatimah datang meminta bantuan dari ayahandanya . Nabi SAW mengajarnya zikir yang menyebabkan putrinya menjadi kuat dalam mengurus kehidupannya sebagai seorang isteri. Zikir tersebut ialah  Subhanallah sebanyak 33 kali , Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahuakbar sebanyak 34 kali ketika hendak tidur.

Semoga zikir ini dapat diamalkan bagi meringankan bebanan mengurus kehidupan berumahtangga.

(رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا)
[Surat Al-Furqan 74]

Wallahua'lam