ULANGKAJI HAID
1- Haid paling minimum 24 jam dan manakala maksimum pula 15 hari (BETUL)
1- Haid paling minimum 24 jam dan manakala maksimum pula 15 hari (BETUL)
2- Ada pendapat kata selang antara keluar haid dalam masa 15 hari dipanggil naqa' dan dikira sebagai haid itu hanya sewaktu keluar darah sahaja.(BETUL) .
Ianya adalah salah satu dari dua pendapat mazhab Shafei. Waktu Naqa’ adalah haid
menurut pendapat mazhab Shafei yang terkuat ( al azhar ). Menurut pendapat kuat pula ( muqabil al azhar ) waktu naqa’ adalah suci.
Untuk jamaah haji atau umrah, digalakkan memilih pendapat naqa’ adalah suci bagi mengelak sebarang kesukaran.
3- Ada pendapat mengatakan naqa' ni tidak dikira suci kerana dikira keseluruhan hari antara haid samada berselang hari tetap kena kira semua sebagai haid jika masih dalam hari-hari haid.
Ya. Ini pendapat mazhab Shafei yang terkuat.
4- Bagi yang bermasalah sebab darah keluar melebihi 15 hari, dan warna berbeza-beza maka kena lihat darah yang paling kuat warnanya sebagai haid jika sebelum itu haidnya teratur (BETUL) .
Jika darah keluar selama 20 hari, 12 hitam, 8 merah, maka yang hitam adalah haid, yang merah adalah istihadah.
5- Juga kalau haid keluar tidak teratur pada bulan itu maka boleh ambil lama masa haid yang biasa pada bulan-bulan lain.
Jika maksud kenyataan di atas, putarannya haid seperti berikut:
Bulan Januari 5 hari haid . Bulan Febuari 7 hari haid . Bulan Mac 12 hari haid .
Bulan Jun 19 hari keluar darah . Bagi bulan Jun 19 hari bukan semuanya haid. Kerana paling lama tempoh haid ialah 15 hari.
Bagi bulan Jun, hendaklah ditilik adakah darah yang keluar itu satu atau dua warna ?
Jika dua warna seperti hitam dan merah, maka dilihat tempoh warna hitam dan merah. Sebagai contoh :
I) Jika 12 hari hitam dan 7 merah, maka yang hitam adalah haid. Merah adalah istihadah.
II) Jika yang hitam 16 hari, 3 hari merah maka hitam tidak dikira semuanya haid kerana tempoh paling lama haid ialah 15 hari.
Merah juga tidak boleh jadi haid kerana warna merah adalah warna yang lemah bila bergabung dengan warna hitam.
Jika warna darah satu sahaja seperti 19 hari hitam atau 19 hari merah, maka haidnya ialah 12 hari iaitu tempoh haid bulan Mac. Ini dinamakan dirujuk kepada adat bulan sebelumnya.
Caranya ialah dengan rujuk kepada bulan yang paling hampir dengannya, dalam kes di atas dirujuk kepada bulan Mac kerana ia bulan yang paling hampir dengan bulan Jun.
6- Minimum suci 15 hari, maksimum suci tiada had (BETUL).
boleh berlaku keluar haid dua tiga kali, kemudian haid tidak keluar sampai bila-bila.
7- Istihadah bukan darah haid . Boleh melakukan perkara-perkara yang sama seperti orang suci kecuali bila darah banyak keluar, perlu dipakai kapas untuk henti darah sementara. Boleh solat fardhu dengan wudhuk yang dia ambil bagi waktu itu sahaja, wajib ambil wudhuk bagi solat fardhu yang lain. Boleh pakai wudhuk itu untuk beberapa solat sunat dan membaca al Quran. (BETUL)
Orang istihadah sama dengan orang yang sentiasa keluar najis dari tubuh.
Istihadah adalah penyakit fizikal dan gangguan jin sebagaimana yang dinyatakan oleh baginda SAW sebagaimana riwayat al Bukhari.
SOALAN :
Apakah dalil pandangan yang guna kaedah naqa' dan dari pandangan ustaz yang mana lebih kuat ? Thank You
JAWAPAN :
Dalilnya ialah dalil akal kerana naqa’ berada di antara dua darah haid. Logiknya ia sama dengan dengan haid.
CONTOH NAQA’
1-5 keluar darah
5-8 tidak keluar darah
8-10 keluar darah.
1-5,8-10 adalah kitaran haid yang sama
5-8 TEMPOH NAQA’.
CONTOH SUCI
1-5 Januari haid.
5 JANUARI-3 FEBUARI TIADA DARAH.
3-6 Febuari haid
1-5 Januari satu kitaran
3-6 Febuari kitaran kedua
5 JANUARI-3 FEBUARI SUCI.
Pendapat mana yang kuat, pada saya kuat belaka tapi ahli perubatan ada sebut kalu naqa’ dikira suci, persetubuhan tidak digalakkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan