PINTU KEBAIKAN TERLALU BANYAK
Pintu kebaikan yang membawa seseorang muslim kepada redaNya terlalu banyak. Rugilah sesiapa yang tidak memasukinya .
al Tirmizi meriwayatkan daripada Abi Zar bahawa nabi SAW bersabda;
َِ تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيُكَ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِي أَرْضِ الضَّلَالِ لَكَ صَدَقَةٌ وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِيءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنْ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِي دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ .
Senyumanmu pada wajah saudaramu , engkau memperolehi pahala sedekah.
Engkau menyuruh perkara yang makruf dan melarang melakukan perkara munkar, engkau memperolehi pahala sedekah.
Engkau menunjukkan jalan kepada saudara engkau yang tersesat jalan, engkau memperolehi pahala sedekah.
Engkau membantu saudara engkau yang penglihatannya kabur, engkau mendapat pahala sedekah.
Engkau membuang batu, duri dan tulang dari jalan , engkau mendapat pahala sedekah.
Engkau menuangkan air dari timba engkau dan mencurahnya ke dalam timba saudaramu, engkau mendapat pahala sedekah.
ULASAN
Seringkali kita lihat tulisan, "siapa tahu nombor telefon si pulan, kedai si pulan dan seumpamanya"?
Pertanyaan tersebut seolah-olah membuka pintu kebaikan kepada sahabat yang lain. Oleh itu rebutlah peluang menambah amal dengan menjawab pertanyaan sahabat-sahabat tersebut.
Jadikan group whatsapp kita seperti kebun yang membuahkan ganjaran pahala.
Wallahua'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan