KELEBIHAN ILMU DAN ORANG YANG BERILMU
Ibn Majah meriwayatkan daripada Kathir bin Qais katanya :
كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ أَبِي الدَّرْدَاءِ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ أَتَيْتُكَ مِنْ الْمَدِينَةِ مَدِينَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَدِيثٍ بَلَغَنِي أَنَّكَ تُحَدِّثُ بِهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَمَا جَاءَ بِكَ تِجَارَةٌ قَالَ لَا قَالَ وَلَا جَاءَ بِكَ غَيْرُهُ قَالَ لَا قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Pernah aku duduk bersama Abu Darda’ RA di dalam masjid di Damsyiq, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki dan berkata wahai Abu Darda, “aku datang kepadamu dari al Madinah iaitu Madinah Rasulullah SAW kerana satu hadith nabi SAW yang engkau sampaikan.
Abu Darda’ bertanya, “benarkah engkau datang kepadaku bukan kerana perniagaan”?
Jawabnya, “bukan kerana perniagaan”.
Bukan kerana tujuan yang lain?
Jawabnya, “bukan kerana tujuan yang lain”.
Abu Darda’ berkata, “sesungguhnya aku mendengar nabi SAW bersabda sesiapa yang meredah satu jalan bertujuan mencari ilmu , nescaya Allah permudahkan untuknya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakan sayapnya kerana gembira dan kasih kepada penuntut ilmu.
Sesungguhnya penuntut ilmu meminta ampun untuknya apa yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan di dalam air turut memohon ampun untuknya.
Sesungguhnya kelebihan orang alim ke atas ahli ibadah yang kurang berilmu seperti kelebihan bulan ke atas bintang yang lain”.
Sesungguhnya para ulamak adalah pewaris para anbiya. Sesungguhnya para anbiya tidak meninggalkan harta pusaka emas dan perak.
Sesungguhnya mereka meninggalkan pusaka ilmu. Sesiapa mengambilnya , maka dia memperolehi bahagian yang menguntungkan.
ULASAN
Hadis di atas menyatakan beberapa perkara antaranya:
1-Kesungguhan salaf soleh menuntut ilmu sanggup mengembara untuk mendengar satu hadis nabi SAW.
2-Kelebihan menuntut ilmu.
3-Para ulamak adalah pengganti tugas nabi SAW iaitu Islam kepada manusia.
4-Para ulamak mempunyai kedudukan di sisi Allah SWT.
5-Para malaikat menyayangi para penuntut ilmu.
6-Malaikat mempunyai sayap.
7-Kehidupan para ulamak dipenuhi keberkatan kerana makhluk sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.
8-Para wajib dihormati.
Wallahua’lam
0 ulasan:
Catat Ulasan