Ahad, 6 November 2016

NAFKAH DARI SUMBER HARAM

3:00 PG Posted by Unknown No comments
NAFKAH DARI SUMBER HARAM

SOALAN :
Ada seorang suami itu mencari nafkah yang tidak halal. Isteri dia sedar bahawa nafkah itu dari sumber yang tidak halal. Bolehkah si isteri menerima juga duit dari si suami untuk pembelanjaan harian ? Sebab isteri tidak mempunyai pekerjaan dan mengharapkan si suami untuk memberi nafkah . Adakah haram bagi si isteri untuk makan dari duit yg sumber tidak halal tu ?

JAWAPAN :
Sebagaimana yang dijelaskan, sebab pemilikan harta terbahagi kepada dua iaitu sebab pemilikan yang haram dan sebab pemilikan yang halal. Sebab pemilikan yang haram adalah seperti berikut :
I.    MENCURI
II.    MERASUAH
III.    MERAMPAS
IV.    MEMONOPOLI
V.    MEMBERI ATAU MENGAMBIL RIBA
VI.    PENIPUAN DAN PEMALSUAN
VII.    BERJUDI
VIII.    BERNIAGA SESUATU YANG HARAM
Harta yang diperolehi melalui sebab pemilikan yang haram tidaklah menjadi milik orang yang melakukan kerana Islam tidak mengi’tiraf sebab pemilikan tersebut. Beralik soalan di atas jika si isteri berada situasi “terpaksa” haruslah baginya mengambil sekadar yang perlu sahaja dan dalam keadaan tidak reda di atas apa yang dilakukan oleh suaminya.
Jika isteri tidak berada dalam situasi darurot, haram baginya mengambil harta haram yang diberi oleh suaminya.
Kepada mereka yang menghadapi situasi ini, ingatlah pesanan Allah :

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3)
Maksudnya: Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar.3. dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

0 ulasan:

Catat Ulasan