Ahad, 6 November 2016

LARANGAN MEMASANG LAMPU KETIKA TIDUR

3:04 PG Posted by Unknown No comments
LARANGAN MEMASANG LAMPU KETIKA TIDUR 



Hadis berkenaan larangan memasang api ketika tidur adalah hadis-hadis yang sohih. Hadis-hadis tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu hadis yang menyatakan larangan tanpa menyatakan sebab larangan dan hadis yang menjelaskan sebab larangannya.

Antara hadis tersebut ialah:

HADIS 1
لا تَتْركوا النَّارَ فِي بُيُوتِكُمْ حِينَ تَنَامُون
Bukhori
Terjemahan : Jangan biarkan api di dalam rumah kamu ketika kamu tidur.

HADIS 2
خَمِّرُوا الْآنِيَةَ وَأَجِيفُوا الْأَبْوَابَ وَأَطْفِئُوا الْمَصَابِيحَ فَإِنَّ الْفُوَيْسِقَةَ رُبَّمَا جَرَّتْ الْفَتِيلَةَ فَأَحْرَقَتْ أَهْلَ الْبَيْت
رواه البخاري.
Terjemahan:Tutuplah bekas (bekas makanan, minuman dan seumapamanya dan padamkan lampu kerana boleh jadi makhluk perosak iaitu tikus mengheret sumbu lalu menyebabkan kebakaran di rumah tersebut.

Menurut keterangan alim ulamak, arahan di atas adalah arahan sunat. Tetapi jika sekiranya membawa mudorat jika tidak dipadamkan lampu, wajib ditutup lampu atau api sebelum tidur.
Arahan di atas adalah untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.
Ada juga yang yang mengaitkan arahan itu dengan kepentingan tidur dalam gelap iaitu mereka yang mengkaji berkaitan tidur.

0 ulasan:

Catat Ulasan