Isnin, 7 November 2016

BERTABARRUK DENGAN NABI SAW

7:29 PG Posted by Unknown No comments

BERTABARRUK DENGAN NABI SAW

Tabarruk ialah mencari kebaikan kurniaan Allah pada sesuatu seperti tabarruk dengan air Zam zam.

Para ulamak sepakat menyatakan tabarruk dengan nabi SAW dan pakaiannya serta yang berkaitan dengan baginda adalah diizinkan.

Manakala bertabarruk dengan insan soleh selain dari nabi SAW pula, para ulamak berbeza pendapat berkenaan hukumnya.

Ada yang mengharuskannya kerana qias  tabarruk dengan nabi SAW. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam Nawawi.

Ada yang tidak mengharuskannya dengan alasan tabarruk dengan nabi SAW tidak boleh diqiaskan dengan insan yang lain. Di antara yang berpegang dengan pendapat ini ialah Ibn Rejab.

Alasannya ialah keharusan bertabarruk dengan nabi SAW adalah keistimewaan baginda dan ianya tidak dikurniakan kepada insan lain. Oleh itu tidak boleh diqiaskan tabarruk dengan nabi SAW dengan tabarruk insan yang lain.

Di antara hadis yang menceritakan tentang tabarruk dengan nabi SAW ialah hadis al Bukhori berikut:

وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ وَهْبٍ، قَالَ: أَرْسَلَنِي أَهْلِي إِلَى أُمِّ سَلَمَةَ بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ، وَكَانَ إِذَا أَصَابَ الْإِنْسَانَ عَيْنٌ أَوْ شَيْءٌ بَعَثَ إِلَيْهَا مِخْضَبَهُ، فَأَخْرَجَتْ مِنْ شَعْرِ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَكَانَتْ تُمْسِكُهُ فِي جُلْجُلٍ مِنْ فِضَّةٍ، فَخَضْخَضَتْهُ لَهُ، فَشَرِبَ مِنْهُ، قَالَ: فَاطَّلَعْتُ فِي الْجُلْجُلِ فَرَأَيْتُ شَعَرَاتٍ حَمْرَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Daripada Othman bin Abdullah bin Wahb katanya keluargaku menyuruh aku menemui Ummu Salamah dengan membawa sebekas air. Apabila seorang manusia ditimpa penyakit ain atau sesuatu penyakit  yang lain, dia akan menghantar kepada Ummu Salamah sebuah bekas air yang besar. Lalu Ummu Salamah mengeluarkan rambut nabi SAW yang disimpan oleh beliau di dalam bekas perak yang bentuknya seperti loceng. Lalu Ummu Salamah (meletak rambut tersebut dalam bekas air dan ) mengoncang bekas tersebut dan kemudian orang sakit meminum airnya. Lalu aku melihat ke dalam bekas tersebut dan terlihat oleh aku beberapa helai rambut baginda di dalamnya  berwarna merah (kesan inai).
  
Wallahua'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan