Ahad, 6 November 2016

KEPUTIHAN

3:08 PG Posted by Unknown No comments
KEPUTIHAN

SOALAN :
Saya nak tanya, masalah keputihan. Kalau keputihan, keluar waktu solat, batal atau tidak solat kita? Jika selepas solat, nak buat solat sunat, wajib ambik wudhuk semula ke tak?

JAWAPAN :
Jika keputihan itu keluar berterusan , maka ianya termasuk dalam hadas berterusan, maka ianya sama dengan air kencing yang sentiasa keluar.
Untuk mengerjakan solat, wajib dilakukan perkara berikut selepas masuk waktu secara tertib dan berturut-turut :
1- BASUH KEMALUAN
2- MEMAKAI TUALA WANITA
3- MENGAMBIL WUDUK
4- SEGERA MENGERJAKAN SOLAT

Jika sekiranya keputihan itu tidak berterusan hukumnya samada air kencing.
Jika keputihan berterusan, tidak batal solat jika keluar keputihan ketika solat.
Wuduk bagi wanita yang mengalami keputihan secara berterusan ialah satu wuduk satu fardu dan boleh dikerjakan dengannya amalan sunat tanpa batasan.
Oleh kerana ianya sukar dipastikan samada berterusan atau sebaliknya, maka ia bergantung sangkaan mereka yang terlibat dengan kepuitahan tersebut. Sangkaan itu wajib diikut.

Mungkin ada yang berkata, nampak semacam rumit jika berterusan sedangkan Islam itu mudah.

Memang benar Islam itu mudah, tetapi apakah maksud mudah yang dikehendaki Islam?

Di antara tutup kepala dengan tidak tutup kepala memang mudah tidak tutup kepala tetapi Islam mewajibkan wanita baligh menutup kepala di khalayak ramai.
Adakah menutup kepala bercanggah dengan sifat Islam ?
Apabila kita terkentut, kita diwajibkan bewuduk iaitu basuh muka, tangan, sapu kepala dan basuh kaki.

Menurut logiknya, basuh tempat kentut sahaja sudah memadai.

Mereka yang mencuri dikerat tangan tetapi mereka yang sudah berkahwin apabila berzina direjam sampai mati, mengapa tidak kerat kemaluannya?
Islam itu tidak menjadi logik sebagai satu-satunya sumber sandaran.




0 ulasan:

Catat Ulasan