Ahad, 6 November 2016

HUKUM MENYAMBUT HARI JADI

3:09 PG Posted by Unknown No comments
HUKUM MENYAMBUT HARI JADI

SOALAN :
Salam Ustaz! Telah menjadi satu trend dari dulu hingga sekarang ini di mana ada sebahagian umat islam, setiap kali menymbut hari jadi sama ada 1 tahun ataupun 100 tahun, dengan aktiviti meniup lilin di atas kek! Apakah hukumnya bagi hal ini Ustaz!??

JAWAPAN :
Para ulamak berbeza pendapat sambutan lahir kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA
Mengharamkan sambutan harilahir kerana ianya termasuk dalam penyerupaan dengan orang kafir.
Sambutan hari jadi yang disambut secara tahunan yang dihari oleh sanak saudara dan sahabat handai termasuk kanak-kanak itu sendiri, diletak di atas meja kek harijadi , kadang-kadang disertai lilin kemudian dipotong kek tersebut dan para hadirin bertepuk tangan memeriahkan sambutan tersebut, menurut pandangan Dr Abdul Karim Zaidan dan lainnya hari lahir adalah termasuk di dalam bidaah yang wajib dicegah kerana menyerupai perbuatan orang kafir.
(Lihat kitab al Mufassal fi Ahkam al Mar’ah J. 3)

PENDAPAT KEDUA
Mengharuskannya kerana tiada nas yang melarang. Tambahan pula sambutan harilahir adalah termasuk dalam adat bukan ibadah.

0 ulasan:

Catat Ulasan