Ahad, 6 November 2016

BERKORBAN UNTUK SI MATI

2:19 PG Posted by Unknown No comments
BERKORBAN UNTUK SI MATI

SOALAN :
Ustaz: nak tanya bab korban untuk yang telah meninggal?

JAWAPAN :
Hukum korban ialah sunat muakkadah (amat dituntut) ke atas orang yang hidup dan mampu.
Korban tidak wajib dilakukan untuk si mati jika si mati tidak berwasiat berkorban untuknya atau si mati bernazar untuk berkorban sebelum mati dan tidak sempat menunaikannya.

HUKUM BERKORBAN UNTUK SI MATI
Ada tiga pendapat :

PENDAPAT PERTAMA
Hukumnya sah menurut pandangan jumhur fuqaha dan sampai pahala kepadanya. Jumhur fuqaha berdalilkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya, bahawa Ali ra pernah berkorban dua ekor kibasy untuk nabi SAW dan beliau berkata baginda menyuruh berbuat begitu.


PENDAPAT KEDUA
Tidak sah berkorban untuk si mati melainkan jika si mati berwasiat agar berbuat demikian. Ini adalah pendapat mazhab Shafei . Imam Nawawi ra berkata :
وَلَا تَضْحِيَةَ عَنْ الْغَيْرِ بِغَيْرِ إذْنِهِ، وَلَا عَنْ الْمَيِّتِ إذَا لَمْ يُوصِ بِهَا
Maksudnya: Tidak sah korban untuk orang lain tanpa izinnya, dan juga untuk si mati jika dia tidak berwasiat.

PENDAPAT KETIGA
Makruh korban untuk si mati. Ini pendapat mazhab Maliki

0 ulasan:

Catat Ulasan