KELEBIHAN SOLAT, PUASA DAN SEDEKAH
al Bukhori meriwayatkan
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: "قَالَ عُمَرُ -رضي الله عنه-: مَنْ يَحْفَظُ حَدِيثًا عَنِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فِي الْفِتْنَةِ؟ قَالَ حُذَيْفَةُ: أَنَا سَمِعْتُهُ يَقُولُ: فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلاَةُ وَالصِّيَامُ وَالصَّدَقَةُ.
KELEBIHAN SOLAT, PUASA DAN SEDEKAH
Daripada Huzaifah katanya , " Umar RA bertanya siapakah yang menghafaz hadis dari nabi SAW berkenaan fitnah ( apa yang menguji pegangan agama seseorang atau huru hara)?
Huzaifah menjawab, "saya pernah mendengarnya". Baginda bersabda fitnah ( sebab melakukan maksiat ) seorang lelaki itu pada keluarganya,hartanya dan jirannya. Fitnah tersebut boleh dihapuskan dengan solat,puasa dan sedekah.
ULASAN
Hadis di atas memberi gambaran antara akhlaq para sahabat ialah bermuzakarah tentang hadis nama SAW. Menjadi kebiasaan para sahabat membicarakan apa yang boleh menguatkan keimanan mereka dan kadang-kadang mereka membicarakan tentang musuh Islam.
Sayyidina Umar seorang sahabat besar tidak malu bertanya kepada sahabat tentang hadis-hadis yang didengari oleh para sahabat.
Sikap berlagak serba tahu bukanlah akhlaq para sahabat.
Hadis di atas menyatakan antara sebab seseorang melakukan kemaksiatan ialah kerana menurut kehendak keluarganya yang tidak betul, disebabkan harta dan disebabkan pengaruh jiran.
Seseorang boleh melakukan perbuatan haram kerana mahu menandingi atau meniru jirannya yang tidak baik.
Hadis memberi faham bahawa keluarga yang baik, kefahaman tentang hakikat harta dan jiran yang baik adalah penting dalam kehidupan muslim dalam memperkasakan keimanannya.
Hadis di atas juga menjelaskan puasa, solat dan sedekah adalah ibadah yang boleh menghapuskan ketelanjuran kerana menuruti kehendak yang menjauhkan seseorang dari Allah.
Tiga amalan tersebut amat mudah dilakukan jika dicampak taufiq dalam diri seseorang.
Muslim yang sebenar hendaklah memperbanyakkan tiga amalan tersebut kerana tiada yang terlepas dari salah silap melainkan golongan terpilih .
Wallahua'lam
0 ulasan:
Catat Ulasan