Isnin, 7 November 2016

CERITA PENDOSA YANG BERTAUBAT

6:35 PG Posted by Unknown No comments
CERITA PENDOSA YANG BERTAUBAT
Ahmad, al Tirmizi dan al Hakim meriwayatkan:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَقَدْ سَمِعْتُ مِنْ فِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثًا لَوْ لَمْ أَسْمَعْهُ إِلَّا مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ حَتَّى عَدَّ سَبْعًا، وَلَكِنِّي سَمِعْتُهُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ قَالَ: " كَانَ الْكِفْلُ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ لَا يَتَوَرَّعُ عَنْ ذَنْبٍ عَمِلَهُ، فَأَتَتْهُ امْرَأَةٌ فَأَعْطَاهَا سِتِّينَ دِينَارًا عَلَى أَنْ يَطَأَهَا، فَلَمَّا قَعَدَ مِنْهَا مَقْعَدَ الرَّجُلِ مِنِ امْرَأَتِهِ أَرْعَدَتْ فَبَكَتْ، فَقَالَ: مَا يُبْكِيكِ أُكْرِهْتِ؟ قَالَتْ: لَا، وَلَكِنْ هَذَا عَمَلٌ لَمْ أَعْمَلْهُ قَطُّ وَإِنَّمَا حَمَلَنِي عَلَيْهِ الْحَاجَةُ، قَالَ: فَتَفْعَلِينَ هَذَا وَلَمْ تَفْعَلِيهِ قَطُّ " قَالَ: " ثُمَّ نَزَلَ فَقَالَ: اذْهَبِي وَالدَّنَانِيرُ لَكِ ". قَالَ: ثُمَّ قَالَ: " وَاللَّهِ لَا يَعْصِي الْكِفْلُ رَبَّهُ أَبَدًا، فَمَاتَ مِنْ لَيْلَتِهِ وَأَصْبَحَ مَكْتُوبًا عَلَى بَابِهِ: قَدْ غُفِرَ لِلْكِفْلِ «هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ»
Daripada Ibnu Umar RA katanya , sesungguhnya aku mendengar dari mulut nabi SAW satu hadis yang jika  bukan sekali aku mendengarnya, bukan dua kali, bukan   tujuh kali aku mendengarnya ( nescaya aku tidak menceritakan kepadamu ). Aku mendengarnya lebih dari tujuh kali.Baginda bersabda al Kifli adalah seorang lelaki  Bani Israel  yang tidak segan silu melakukan dosa. Lalu seorang perempuan datang menemuinya ,  al Kifli memberi 60 dinar kepada wanita tersebut dengan syarat dia sanggup berzina dengannya. Ketika al Kifli hampir berzina ( berada di atas tubuh wanita tersebut ) dengan wanita tersebut, tiba-tiba wanita tersebut gementar lalu menangis. Al Kifli bertanya apakah yang menyebabkan awak menangis? Adakah awak dipaksa? Wanita itu menjawab tidak.  Tetapi aku tidak pernah melakukan perbuatan zina sebelumnya. Aku terpaksa melakukannya kerana terdesak.  Al Kifli engkau ingin melakukannya sedangkan sebelum ini engkau tidak pernah melakukannya? Lalu al Kifli turun dari atas tubuh perempuan tersebut dan berkata pergilah kamu dan ambillah wang dinar tersebut. Al Kifli berkata, demi Allah , al Kifli tidak akan menderhakai Allah selama-mananya. Pada malam tersebut , al Kifli telah meninggal dunia, dan pagi hari tertulis pada pintu rumahnya, sesungguhnya al Kifli telah diampunkan dosa.
Semoga kisah al Kifli ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Wallahua’lam

0 ulasan:

Catat Ulasan