SOALAN :
Seorang lelaki berkahwin dengan yang sudah mempunyai anak perempuan. Apakah batas aurat antara lelaki tersebut dengan anak perempuan isterinya?
JAWAPAN :
Ada dua keadaan yang perlu dilihat iaitu :
1. Jika sekiranya lelaki tersebut telah bersetubuh dengan perempuan yang dikahwininya, anak perempuan tersebut menjadi mahramnya.Aurat antara mahram ialah pusat dan lutut menurut mazhab Syafei dan Hanafi, manakala mazhab Maliki dan hambali pula seluruh badan wanita selain anggota yang perlu dibuka ketika bekerja.
2. Jika sekiranya lelaki tersebut tidak bersetubuh dengan perempuan yang dikahwininya, anak perempuan tersebut bukan mahramnya. Hubungan lelaki tersebut dengan anak isterinya yang belum disetubuhi ialah sama hubungan seseorang dengan iparnya. Auratnya ialah seluruh tubuh menurut pendapat yang terkuat dalam mazhab Syafei, dan seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan belakang dan depan menurut pendapat satu lagi.
Dalam kitab Kifayah al Akhyar ada di catat:
(وَالثَّالِث نظره إِلَى ذَوَات مَحَارمه أَو أمته الْمُزَوجَة فَيجوز أَن ينظر فِيمَا عدا مَا بَين السُّرَّة وَالركبَة)
الرجل لَا ينظر من محرمه مَا بَين سرتها وركبتها قطعا لِأَنَّهُ عَورَة وَهل لَهُ النّظر إِلَى غير ذَلِك من بدنهَا الْمَذْهَب نعم لقَوْله تَعَالَى {وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لبعولتهن أَو آبائهن} الْآيَة وَلِأَن الْمَحْرَمِيَّة معنى يُوجب حُرْمَة المناكحة فيكونان كالرجلين أَلا ترى أَنه لَا ينْتَقض وضوؤه بلمسها فِي الْأَظْهر وَسَوَاء فِي ذَلِك الْمحرم بِنسَب أَو مصاهرة أَو رضَاع على الصَّحِيح وَقيل لَا ينظر من مَحَارمه إِلَّا مَا يَبْدُو عِنْد المهنة وَهِي الْخدمَة وَهل الثدي مِمَّا يَبْدُو عِنْد المهنة فِيهِ وَجْهَان وكما يجوز للْمحرمِ النّظر يجوز لَهُ الْخلْوَة بمحرمه والمسافرة بهَا وَحكم الْأمة قد مر وَالله أعلم
0 ulasan:
Catat Ulasan