ARAHAN MERAIKAN KEMAMPUAN MAKMUM
Abu Dawud meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah beliau berkata:
كَانَ مُعَاذٌ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّنَا قَالَ مَرَّةً ثُمَّ يَرْجِعُ فَيُصَلِّي بِقَوْمِهِ فَأَخَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً الصَّلَاةَ وَقَالَ مَرَّةً الْعِشَاءَ فَصَلَّى مُعَاذٌ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جَاءَ يَؤُمُّ قَوْمَهُ فَقَرَأَ الْبَقَرَةَ فَاعْتَزَلَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ فَصَلَّى فَقِيلَ نَافَقْتَ يَا فُلَانُ فَقَالَ مَا نَافَقْتُ فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ مُعَاذًا يُصَلِّي مَعَكَ ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّمَا نَحْنُ أَصْحَابُ نَوَاضِحَ وَنَعْمَلُ بِأَيْدِينَا وَإِنَّهُ جَاءَ يَؤُمُّنَا فَقَرَأَ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ فَقَالَ يَا مُعَاذُ أَفَتَّانٌ أَنْتَ أَفَتَّانٌ أَنْتَ اقْرَأْ بِكَذَا اقْرَأْ بِكَذَا قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
Muaz mengerjakan solat bersama nabi SAW kemudian beliau pulang dan menjadi imam kepada kami.
Pada suatu ketika nabi SAW lewat mengerjakan solat isyak. Setelah Muaz selesai solat bersama nabi SAW , beliau pun pulang menjadi imam kepada kaumnya. Beliau membaca surah al Baqarah . Lalu seorang makmum lelaki meminggirkan diri dari solat berjamaah tersebut dan solat bersendirian. Orangramai berkata kepadanya kamu telah menjadi munafiq! Lelaki itu menjawab tidak. Bukanlah aku seorang munafiq. Lelaki tersebut telah menemui nabi SAW dan berkata sesungguhnya Muaz solat bersama engkau kemudian dia pulang dan menjadi imam kepada kami . Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami adalah petani dan penternak dan bekerja sendiri. Muaz datang menjadi imam dan membaca surah al Baqarah.
Nabi SAW bersabda kepada Muaz wahai Muaz adakah engkau mahu menyusahkan orang lain?
Adakah engkau mahu menyusahkan orang lain? Adakah engkau mahu menyusahkan orang lain?
Bacalah surah ini bacalah surah ini.
ULASAN
Hadis menjelaskan berkenaan arahan agar imam sentiasa peka dan meraikan keadaan makmum. Di antaranya ialah tidak membaca bacaan yang membebankan makmum.
Jabir yang menceritakan hadis di atas dan Muaz adalah dari kabilah Ummu Salimah. Perkampungan mereka agak jauh dari masjid Nabi SAW iaitu lebih kurang 4.5 km. Mereka amat mengambil berat tentang solat berjamaah. Hal ini dapat dilihat dari hadis riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdillah:
خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ، فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لَهُمْ: «إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ»، قَالُوا: نَعَمْ، يَا رَسُولَ اللهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ، فَقَالَ: «يَا بَنِي سَلِِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ، دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ»
Terdapat tanah kosong di sekitar masjid nabi SAW, maka Bani Salimah bercadang hendak berpindah berdekatan masjid Nabi SAW. Berita tersebut diketahui oleh nabi SAW ,lalu baginda bersabda kepada mereka sesungguhnya telah sampai ke pengetahuanku bahawa kamu bercadang berpindah berdekatan masjidku. Mereka menjawab ya. Wahai rasulullah. Sesungguhnya memang kami bercadang berbuat demikian. Baginda bersabda wahai Bani Salimah, kekallah di tempat kediaman kamu ( jangan berpindah ) nescaya ditulis bagi kamu kesan perjalanan kamu ke masjid ( banyak pahala kerana perjalanan jauh ) kekallah di tempat kediaman kamu ( jangan berpindah ) nescaya ditulis bagi kamu kesan perjalanan kamu ke masjid ( banyak pahala kerana perjalanan jauh )
Pernah suatu ketika Muaz mengerjakan solat Isyak bersama nabi SAW, setelah selesai solat tersebut, beliau terus pulang ke kampungnya dan menjadi imam kepada mereka. Muaz telah membaca surah al Baqarah ketika menjadi imam. Terdapat seorang makmum telah mufaraqah dari solat jamaah kerana tidak terasa berat untuk terus mengikuti Muaz yang membaca ayat-ayat yang panjang.
Perbuatan lelaki tersebut telah ditegur oleh makmum lain dengan bertanyakannya adalah lelaki itu seorang munafik. Pada zaman sahabat mereka yang tidak menghadiri solat jamaah kebiasaannya seorang munafiq. Ibnu Majah meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, beliau berkata
وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ، وَلَقَدْ رَأَيْتُ الرَّجُلَ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يَدْخُلَ فِي الصَّفِّ
Sesungguhnya kami berpendapat tidaklah meninggalkan solat jamaah melainkan mereka yang termaklum ianya seorang munafiq. Aku pernah melihat seorang lelaki dipapah dan dimasukkan dalam sof.
Lelaki tersebut menjelaskan dia berbuat demikian bukan kerana ia bukan seorang munafiq tetapi terasa sukar untuk mengikut imam yang membaca ayat-ayat yang panjang. Beliau telah mengadu kepada nabi SAW hal tersebut. Nabi SAW telah memarahi Muaz kerana menyebabkan makmum terasa sukar untuk mengerjakan solat berjamaah . Muaz telah diarah agar membaca ayat yang lebih pendek.
Para imam ketika mengerjakan solat jamaah hendaklah meraikan kemampuan makmum di belakangnya agar mereka tidak liar dari solat berjamaah.
Berkenaan hal ini Sayyidina Umar menegaskan
لَا تُبَغِّضُوا إِلَى اللَّهِ عِبَادَهُ يَكُونُ أَحَدُكُمْ إِمَامًا فَيُطَوِّلُ عَلَى الْقَوْمِ الصَّلَاةَ حَتَّى يُبَغِّضَ إِلَيْهِمْ مَا هُمْ فِيهِ
Janganlah kamu menjadikan manusia benci untuk beribadah kepada Allah. Iaitu salah seorang dari kamu menjadi imam kemudian memanjangkan bacaan sehingga menyebabkan makmum tidak gemar melakukan solat jamaah.
Riwayat al Baihaqi
PENGAJARAN HADIS
1-Kesungguhan para sahabat melaksanakan solat jamaah.
2-Imam hendaklah meraikan makmum .
3-Orang solat fardu sah mengikut imam yang mengerjakan solat sunat.
4-Boleh mufaraqah solat jamaah jika ada keperluan.
5-Perkara yang boleh meliarkan manusia dari agama hendaklah dihindarkan.
6-Merujuk kepada guru apabila timbul kemusykilan.
7-Ibadah yang diakui ialah yang menepati apa yang diajar oleh nabi SAW.
Wallahua’lam
::: Pusat Talaqqi Batu Rakit :::
::: fb.com/PTBR.Official :::
0 ulasan:
Catat Ulasan