Jadi apa yg dimaksudkan dgn keutamaan ilmu sebelum amal (atau kelebihan muttabi' atas muqallid)? Adakah ilmu yg dimaksudkan merujuk kpd ilmu tentang bagaimana perlaksanaan ibadat yg paling menepati syarak?
JAWAPAN
Menuntut ilmu adalah tuntutan syarak. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu menjadi menjadikan seseorang kenal akan tuhannya, dan beramal dengannya serta mengetahui selok belok ibadah yang dituntut. Melalui suluhan ilmu, dia menjauhi perkara yang terlarang dan melaksanakan suruhan samada wajib atau sunat .
Jika ilmu yang diperolehi tidak diamalkan, ia akan dipersoalkan tentangnya.
Sabda nabi SAW, sebagaimana yang diriwayat oleh al Tirmizi:
لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ، وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ، وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ، وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ
Seorang hamba akan ditahan pada hari kiamat kelak sehingga ditanya tentang empat perkara, ditanya tentang umurnya, ke mana dihabiskan ( adakah ke arah kebaikan atau kejahatan) tentang ilmunya adakah diamalkannya, tentang hartanya daripada mana dia dapat dan ke mana dibelanjakan dan tentang jasadnya digunakan untuk apa.

Lebih jauh lagi, jika ilmu yang diperolehi dijadikan alat untuk melakukan kejahatan, ianya menjadi manusia terlaknat. Al Quran al Karim Allah SWT ada menyebut segolongan yang berilmu tetapi menjadi musuh ketat kepada Islam. Mereka ialah ahli al kitab, kalimah ini disebut 31 kali. Ilmu mereka hebat, tetapi digunakan untuk memusnah, menyekat dan memenangkan musuh Islam.
Dari kenyataan di atas, jelas menunjukkan ilmu semata-mata tanpa diikuti dengan kesannya adalah tidak bermanfaat.
Untuk menjelaskan hal ini, Imam al Ghazali menghuraikan secara jelas dalam kitab Ihya, di bawah tajuk ulamak akhirat dan ulamak dunia.
Yang membeza antara dua golongan itu bukannya ilmu tetapi amalan dan niat.
Jika sekiranya orang yang jahil dan orang alim sama khusyuk ketika solat, orang alim tersebut tidak beramal dengan ilmunya. Sepatutnya dengan ilmu yang dia dapat, solatnya lebih sempurna daripada si jahil.
Jawapan ini merujuk ibadah orang jahil dan orang alim sama sempurna.
Adapun pahala belajar dan pahala mengajar memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
والله أعلم.
ATT
PUSAT TALAQQI BATU RAKIT ( PTBR )
13-062-01-000623-7 ( BIMB )

0 ulasan:
Catat Ulasan